LAPORAN MINGGU PUSAT SUMBER SEMPENA FIESTA KO KURIKULUM DAN

6 LAPORAN SINGKAT PANITIA KHUSUS (PANSUS) RANCANGAN UNDANGUNDANG
DOKUMEN LAPORAN INTERIM NOMOR YLTI YLTI0HKPRGMN212000
10 LAPORAN AKHIR PROGRAM KREATIVITAS MAHASISWA PENGEMBANGAN JAKET BATIK

10 PRESS RELEASE KUASA HUKUM HOKY AJUKAN LAPORAN PENGADUAN
11 PETUNJUK TEKNIS PANDUAN MONITORING EVALUASI DAN PELAPORAN SEKOLAHMADRASAH
14 LAPORAN HASIL PENELITIAN INDIVIDU ANALISIS INFRASTRUKTUR ROBOT LINE

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI 2010


LAPORAN MINGGU PUSAT SUMBER

SEMPENA FIESTA KO KURIKULUM DAN PENDIDIKAN

2 HINGGA 6 JULAI 2012


NAMA PROGRAM : MINGGU PUSAT SUMBER


TEMA : INOVASI PEMACU TRANFORMASI


TARIKH PELAKSANAAN : 2 HINGGA 6 JULAI 2012


SASARAN : SEMUA WARGA SMK RAHMAT


LAPORAN :


  1. Kehadiran dan penglibatan :


        1. Minggu Pusat Sumber dan Fiesta Kokurikulum dan Pendidikan melibatkan semua warga SMK Rahmat.

2. Majlis dirasmikan oleh Puan Sapiah Binti Ahmad, Ketua Sektor Kerajaan,

TM Negeri Melaka.


  1. Pencapaian objektif / matlamat program :


Memberi peluang kepada warga sekolah terutama para pelajar mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti koakademik, unit beruniform, sukan dan permainan. Di samping itu, fiesta ini juga dapat mendidik para pelajar mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan budaya membaca sepanjang hayat.


Antara objektif program ini ialah :

        1. Memberi peluang, menarik minat dan mengcungkil bakat para pelajar dalam pelbagai bidang.

        2. Melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

        3. Meluaskan minda, pengetahuan dan kemahiran pelajar terhadap pelbagai aspek.

        4. Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.



  1. Kekuatan program :


        1. Kekuatan utama program ini adalah melalui sokongan dan kerjasama daripada semua pihak khususnya guru-guru dan jawatankuasa pelaksana program.

2. Kehadiran Puan Sapiah Binti Ahmad, Ketua Sektor Kerajaan, TM Negeri

Melaka sebagai perasmi menyuntik semangat Warga SMKR meneruskan

kecemerlangan sekolah.

3. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.


Kelemahan program :


        1. Kelemahan utama program ini adalah ruang atau tempat majlis diadakan agak sempit dan terhad. Suasana yang kurang kondusif disebabkan diadakan di ruang terbuka yang menyebabkan silau di kalangan para pelajar. Ketiadaan dewan yang besar menyebabkan majlis ini terpaksa diadakan di dataran terbuka.

        2. Sikap para pelajar yang masih sambil lewa dan tidak mahu menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup sangat membimbangkan dan perlu dimotivasikan setiap masa.

Cadangan penambahbaikan :


        1. Menjemput para ibu bapa/ penjaga untuk turut serta bagi melihat sendiri program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

        2. Mendapatkan kerjasama daripada agensi/pihak luar misalnya daripada IPTA atau IPTS mahupun agensi-agensi NGO yang lain bagi meraikan program membaca ini lebih meriah.










  1. Impak :


Secara keseluruhan, program yang dijalankan adalah program yang amat baik bersesuaian dengan objektif program ini iaitu berfokus ke arah malahirkan generasi pelajar celik digital disamping menggalakkan dan menanamkan sifat suka membaca. Justeru, masa terluang pelajar tidak disia-siakan begitu sahaja sebaliknya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Pengisian masa yang dirangka dengan bijak dapat mengelakkan penularan budaya kurang sihat di kalangan para pelajar ini. Bahkan ia merupakan proses awal bagi mendorong dan melahirkan individu yang berilmu.


  1. Aktiviti sepanjang minggu.

Isnin 2.7.2012.

1. Majlis perasmian fiesta kokurikulum dan pendidikan.

2. Pengunjung bertuah ke PSS.

3. Pertandingan Kuiz Pengetahuan. (Guru/ Pelajar).

4. Pertandingan Mencipta Buku Skrap.

5. Pertandingan Ulasan Buku.

6. Pertandingan Jejak Maklumat


Selasa 3.7.2012

  1. Program NILAM pagi.

  2. Bicara Akademik.

  3. Ceramah Motivasi oleh Tn. Hj. Yusof Hussin, Multimedia College Sauthern, TM Group Negeri Melaka disertai oleh Pengawas PSS, Jawatan kuasa Tertinggi Pengawas Sekolah, Briged Bestari, Jurujual dan Ahli Lembaga Koperasi Sekolah.





Rabu 4.7.2012

  1. Ceramah Nifsu Syaaban.

  2. Aktiviti Jualan oleh Kelab/Persatuan Akademik

  3. Aktiviti Permainan Tradisional dan Sukan Rakyat oleh Unit Beruniform

  4. Aktiviti Pertunjukan Kompang Fomasi oleh murid- murid SK Othman Syawal.

  5. Pertandingan Menaip Pantas Menggunakan Komputer.

  6. Aktiviti Pameran dan Jualan Produk oleh:

    1. . TM Negeri Melaka

    2. . Bas e- komputer oleh PERPUSTAM.

5.3. Zoo Melaka

5.4. Pusat Giat Mara

5.5. Kolej Kemahiran Tinggi Mara

5.6. Pemeriksaan Kesihatan Klinik Kesihatan

5.7 Balai Bomba Masjid Tanah.

5.8. Bank Islam

5.9 Bank Rakyat

5.10 Bank CIMB

5.11 Proton preve

5.12 Celcom

5.13 Utusan Malaysia


Khamis 5.7.2012

  1. Pertandingan Jejak Kamus

  2. Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi

  3. Jigsaw Puzzle ICT


Jumaat 6.7.2012

Bacaan Yassin dan Penyampaian Hadiah pemenang pertandingan.

Sabtu 7.7.2012

Khidmat masyarakat warga SMK Rahmat bersama JKKK Teluk Gong, Melaka.


15 PENGAWAS PAI KABUPATEN GRESIK HALAMAN PENGESAHAN LAPORAN KEPENGAWASAN
20XX UNIT PENJAMINAN MUTU FAKULTAS KEDOKTERAN UNMUL LAPORAN
35 LAPORAN PRAKTEK PENGALAMAN LAPANGAN DI MADRASAH ALIYAH NEGERI


Tags: fiesta ko, perasmian fiesta, minggu, laporan, sumber, fiesta, pusat, kurikulum, sempena