PERATURANPERATURAN AKTIVITI ~PKENPS PERATURANPERATURAN AKTIVITI KOPERASI AKTIVITI JIMAT

AKTA JUALAN DADAH 1952 PERATURANPERATURAN KAWALAN DADAH DAN KOSMETIK
KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (KEKAUMAS) CADANGAN PERATURANPERATURAN
PERATURANPERATURAN AKTIVITI ~PKENPS PERATURANPERATURAN AKTIVITI KOPERASI AKTIVITI JIMAT

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) PERATURANPERATURAN CUTI BELAJAR DAN PENAJAAN


PERATURAN-PERATURAN AKTIVITI KOPERASI

PERATURAN-PERATURAN AKTIVITI ~PKENPs

PERATURAN-PERATURAN AKTIVITI KOPERASI


AKTIVITI JIMAT CERMAT & PINJAMAN KEBAJIKAN


TAJUK : 1. (1) Peraturan ini adalah dinamakan peraturan-peraturan bagi

menjalankan aktiviti Jimat Cermat dan pinjaman kebajikan Koperasi……………………………………………………….

…………………………………………………………………………………

  1. Peraturan - peraturan ini diwujudkan di bawah Undang-

undang Kecil 44 (1) (V). Koperasi ini akan dikuatkuasakan selepas dari persetujuan mesyuarat Agung Koperasi ini dan Ketua Pendaftar.


TUJUAN : 2. Tujuan-tujuan peraturan ini diwujudkan ialah untuk;-

  1. Merancang segala aktiviti yang berkaitan dengan jimat cermat dan pinjaman wang.


  1. Menjalankan aktiviti itu dengan sempurna.


  1. Mengawal akan perjalanan aktiviti itu.



MODAL : 3. (1) Modal bagi melaksanakan aktiviti ni adalah diperolehi

OPERASI dari caruman yuran bulanan/saham ahli-ahli yang dicarum sekurang-kurangnya RM………….sebulan dan setingginya tiada terhad.


(2) Caruman ahli-ahli, sama ada didalam bentuk yuran atau

saham, akan dipindahkan ke kumpulan Wang Modal Koperasi bagi membiayai projek-projeknya.


MENGGALAKKAN: 4. (1) Didalam usaha menggalakkan ahli-ahli berjimat cermat,

tiap-tiap ahli adalah diminta menyimpan wang didalam akaun simpanan koperasi. Jumlah minima yang ahli itu boleh menyimpan ialah RM…………. sebulan.


  1. Keuntungan akan diagihkan/bayar kepada ahli-ahli yang

membuka akaun simpanan dikoperasi ini mengikut kadar yang ditentukan oleh Lembaga dari masa ke semasa. Keuntungan tersebut akan dikira di atas baki akaun simpanan ahli-ahli yang telah tersimpan sebulan penuh pada 31 Disember tiap-tiap tahun.



JENIS : 5. Pinjaman wang kepada ahli-ahli adalah terbahagi

PINJAMAN kepada:-


(a) Pinjaman Biasa – Pinjaman 90 peratus dari jumlah yuran /

saham yang telah dibayar. Pinjaman ini tidak memerlukan apa-apa cagaran atau jaminan daripada ahli-ahli lain kerana jaminannya adalah di atas wang yuran / saham ahli yang meminjam itu sendiri.


  1. Pinjaman Berjamin – Pinjaman Berjamin adalah dihadkan

kepada enam bulan gaji peminjam dicampurkan dengan jumlah yuran / saham yang telah dibayar atau RM7,000.00 mengikut mana yang kurang. Pinjaman ini hendaklah dijamin oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang layak menjamin. Jumlah jaminan yang dikenakan ke atas tiga orang penjamin itu hendaklah meliputi keseluruhan pinjaman itu.


  1. Pinjaman Bercagar – Tertakluk kepada kebenaran Ketua Pendaftar, pinjaman yang lebih besar boleh dibenarkan oleh Lembaga jika ada cagaran harta-harta takalih ahli itu sendiri disamping dijamin pula sekurang-kurangnya oleh tiga orang ahli yang layak menjamin. Nilaian harga harta-harta yang dicagarkan itu mengikut nilaian oleh Juru Nilai Yang Berdaftar, hendaklah sekurang-kurangnya sekali ganda dari pinjaman itu dan cagaran itu hendaklah didaftarkan di Pejabat Tanah terlebih dahulu sebelum pinjaman itu dikeluarkan.


  1. Pinjaman Kecemasan – Lembaga bolehlah meluluskan

segera permohonan pinjaman kecemasan ini kepada ahli-ahli sebanyak tidak melebihi RM500.00 setahun. Kelulusan pinjaman ini adalah berdasarkan kepada bukti-bukti nyata yang disokong oleh dokumen-dokumen yang sah dalam hal kematian/kesakitan keluarga dan tanggungan ahli itu sendiri sahaja.


  1. Pinjaman Khas – Pinjaman ini hanya diberi kepada ahli-ahli

kerana tujuan-tujuan yang dianjurkan oleh koperasi sendiri, dimana koperasi akan beroleh faedah sampingan selain daripada kadar keuntungan yang akan dikenakan terhadap pinjaman seperti:-



  1. Pelancongan

  2. Pelaburan di dalam pasaran saham yang digalakkan oleh kerajaan

  3. Membayar Cukai Kenderaan dan Insuran Kemalangan

  4. Perniagaan barang-barang perlu dan mewah

  5. Aktiviti-aktiviti lain yang dipersetujui


Pinjaman ini hendaklah dihadkan sebanyak enam bulan gaji pemohon atau RM2,000.00 mengikut mana yang kurang.


  1. Pinjaman Pelarasan – Dalam keadaan terkecuali dimana

maksud-maksud dapat dibuktikan, Lembaga adalah berkuasa meluluskan pinjaman-pinjaman ini, yang hanya akan diberi kepada ahli-ahli yang telah menjelaskan mengikut bayaran ansuran yang biasa tiap-tiap bulan, sekurang-kurangnya 75% daripada jumlah pinjaman berjamin dan 50% daripada pinjaman biasa (90% atas yuran sendiri). Maka pinjaman ini akan dipertimbangkan selepas pinjaman berjamin tidak berbaki diluluskan.


KADAR : 6. Pinjaman - pinjaman itu mengikut pertimbangan Lembaga

KEUNTUNGAN hendaklah bagi maksud-maksud yang berguna dan mendatangkan kelabaan kepada kedua belah pihak (Koperasi & Peminjam).


FAEDAH : 7. (1) Keuntungan di atas pinjaman biasa (90% atas yuran)

PINJAMAN ialah 4% setahun dan bagi pinjaman-pinjaman lain dikenakan sebanyak 6% setahun, dan hendaklah dibayar pada tiap-tiap bulan bersama-sama dengan wang asal. Jika hendak mengira faedah di atas sesuatu pinjaman itu, pecahan dari sebulan itu hendaklah dikira sebulan cukup.


  1. Pinjaman kecemasan bersabit dengan kematian/ kesakitan keluarga hanya dikenakan bayaran memproses sahaja.


  1. Bayaran memproses untuk semua jenis pinjaman ialah RM30.00






TEMPOH : 8. Lembaga hendaklah menetapkan tempoh bayaran balik bagi

BAYARAN sesuatu jenis pinjaman itu. Tempoh maksima bagi membayar

BALIK balik pinjaman itu hendaklah tidak lebih dari 24 bulan. Di

PINJAMAN dalam perkara - perkara yang khas, Lembaga boleh dengan

rayuan membenarkan bayaran balik itu dalam tempoh tidak

lebih 36 bulan. Bagi Pinjaman 90% atas yuran / saham

terkumpul yang melebihi dari RM4,000.00, Lembaga bolehlah membenarkan pinjaman itu dibayar balik dalam tempoh tidak lebih 48 bulan.


KELAYAKAN : 9. (1) Ahli yang telah diterima masuk menjadi ahli selama 12

MEMOHON bulan dan bagi ahli yang telah berhenti dan dibenarkan

PINJAMAN masuk semula 18 bulan dan telah menyempurnakan ansuran bayaran yuran/saham bagi tempoh yang tersebut adalah layak membuat sebarang jenis permohonan pinjaman wang.


  1. Pekerja-pekerja Koperasi yang telah berkhidmat selama tidak kurang dari 12 bulan dan telah menjelaskan bayaran wang jaminan pekerja, adalah layak untuk memohon pinjaman yang boleh diberi kepada pekerja-pekerja koperasi ialah Pinjaman Berjamin yang memerlukan jaminan dari sekurang-kurangnya tiga orang ahli koperasi yang layak menjamin.


  1. Ahli-ahli Lembaga adalah tidak dibenarkan menjamin semasa tempoh di dalam jawatannya sebagai Ahli Lembaga.


PENJAMIN : 10. (1) Tiap-tiap seorang ahli hanya boleh menjamin tidak lebih daripada tiga orang peminjam pada sesuatu masa.


  1. Kecuali Pinjaman Biasa, pinjaman-pinjaman hanya diberi kepada ahli-ahli dengan tiga orang atau lebih penjamin-penjamin yang menjadi ahli koperasi ini. Sekurang-kurangnya seorang penjamin hendaklah menanggung kesemuanya pinjaman itu setelah ditolak jumlah yang terjamin oleh 80% daripada yuran ahli yang meminjam yang telah dibayar olehnya. Jika tiada boleh didapati seorang penjamin yang boleh menanggung kesemua jumlah pinjaman setelah ditolak jumlah yang terjamin oleh 80% daripada yuran ahli yang meminjam itu, maka Lembaga boleh membenarkan tiga orang atau lebih penjamin-penjamin menanggung diantara mereka kesemua jumlah pinjaman itu.


  1. Jumlah had tanggungan seseorang ahli kepada koperasi ini sama ada sebagai peminjam atau penjamin atau kedua-duanya ialah sebanyak enam bulan gajinya ditambah dengan jumlah yuran/sahamnya yang telah dibayar. Suatu daftar yang boleh menunjukkan jumlah tanggungan seseorang ahli itu sebagai peminjam dan; atau penjamin hendaklah diselenggarakan oleh koperasi.


  1. Adalah menjadi kewajipan Lembaga Koperasi ini menentukan penjamin-penjamin baru dilantik apabila diketahui bahawa penjamin-penjamin bagi sesuatu pinjaman itu mati atau berhenti menjadi ahli atau pun tidak mampu untuk menyempurnakan syarat-syarat jaminannya.


  1. Seseorang peminjam yang gagal memberitahu Lembaga akan kematian atau tidak kemampuan penjamin-penjaminnya di dalam menyempurnakan tanggungan-tanggungannya, akan dituntut membayar balik dengan serta merta pinjaman yang diberi itu.


PERMOHONAN : 11. (1) Semua permohonan pinjaman hendaklah dibuat di atas MEMINJAM borang yang disediakan oleh Lembaga.

WANG

  1. Permohonan-permohonan (kecuali permohonan Pinjaman Kecemasan) hendaklah disampaikan ke pejabat koperasi yang berdaftar, sekurang-kurangnya sebelum Lembaga koperasi ini mengadakan mesyuarat bagi menimbangkannya.


  1. Permohonan Pinjaman Kecemasan hendaklah disampaikan pada bila-bila masa yang diperlukan bersekali dengan kenyataan-kenyataan dan bukti-buktinya kepada Setiausaha Koperasi, yang akan memproses dan memperakukannya kepada Pengerusi dan Bendahari Koperasi. Ketiga-tiga pegawai ini adalah berkuasa untuk meluluskan permohonan ini dengan serta-merta, dan melaporkan kepada mesyuarat Lembaga yang akan datang untuk disahkan.


  1. Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahulu menentukan bahawa borang-borang permohonan mereka dan dokumen-dokumen sampingan diisi dengan


sempurna dan ditandatangani mengenai tujuannya pinjaman itu dipohon. Kecuaian disegi ini akan menyebabkan permohonan itu ditolak dan ahli yang berkenaan akan diminta membuat permohonan semula yang mana ianya akan dipertimbangkan didalam mesyuarat Lembaga yang akan menjelang selepas daripada mesyuarat yang akan datang ini.


  1. Penerimaan-penerimaan borang permohonan tersebut hendaklah didaftar di dalam Daftar Pemohonan Pinjaman Wang, dan akan diberi angka pendaftaran dan kemudian diasingkan mengikut jenis-jenis pinjaman, dan diserahkan kepada sebuah Jawatankuasa kecil yang dilantik oleh Lembaga untuk memproses permohonan-permohonan itu pada tarikh permohonan itu ditutup.


  1. Pemohon-pemohon Pinjaman Biasa adalah dikecualikan daripada menyertakan kenyataan-kenyataan yang boleh menyokong permohonan mereka. Apa yang perlu ialah menyatakan sebab-sebabnya sahaja.


MEMPROSES : 12. (1) Semua borang permohonan pinjaman (kecuali

BORANG permohonan pinjaman kecemasan) akan diproses oleh

PERMOHONAN Jawatankuasa Kecil Pinjaman yang dilantik oleh PINJAMAN Lembaga dibawah U.K 44 (1) (u).


  1. Bahagian Pengurusan Koperasi yang diwujudkan dibawah U.K 44 (1) (n) adalah bertanggungjawab disegi menentukan kelayakan si pemohon dan penjamin-penjaminnya dan merekodkan kelayakan-kelayakan mereka itu didalam Daftar Peminjam & Penjamin. Bahagian ini juga perlu menentukan bahawa cagaran-cagaran telah didaftarkan di pejabat-pejabat pihak berkuasa yang berkenaan, setelah didapati bahawa kelayakan si pemohon itu boleh diperakukan. Sebuah daftar mengenai cagaran harta ahli-ahli hendaklah diselenggara dan dikemaskinikan.


  1. Bahagian Pengurusan Koperasi hendaklah menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pinjaman untuk diproses. Perkara-perkaranya ialah:-



  1. Senarai permohonan-permohonan pinjaman.


  1. Fail ahli-ahli yang memohon pinjaman mengikut angka pendaftaran pinjaman, dan borang-borang permohonan pinjaman bersekali dengan borang-borang sampingannya dan kenyataan-kenyataan yang menyokong permohonan pinjaman.


  1. Daftar Kelayakan Peminjam dan Penjamin.


  1. Daftar Cagaran Harta Ahli-Ahli.


  1. Didalam menjalankan tugas memproses permohonan pinjaman ini, Jawatankuasa Kecil Pinjaman ini hendaklah menitikberatkan di segi:-


  1. Kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani.


  1. Kelayakan si pemohon dan penjamin-penjaminnya.


  1. Cagaran jika diperlukan dan pendaftaran cagaran-cagaran tersebut.


  1. Kesanggupan si pemohon untuk memberi kuasa kepada Majikannya supaya memotong gajinya untuk membayar bayaran-bayaran dan caruman-caruman kepada koperasi ini.


  1. Pengesahan tujuan pinjaman itu dipohon.


  1. Kedudukan baki pinjaman yang lalu (tidak termasuk pinjaman kecemasan) yang mana cadangan-cadangan pemohon hendaklah diperolehi bagi menjelaskannya.


  1. Memastikan bahawa jumlah bayaran dan caruman kepada koperasi ini tidak melebihi 50% dari jumlah gaji sipemohon.






TINDAKAN : 13. (1) Setelah kerja-kerja memproses pinjaman ini selesa, J/KUASA maka perakuan terhadapnya hendaklah dibentangkan KECIL bagi permohonan-permohonan yang boleh diluluskan PROSES dan boleh diluluskan dan yang tidak boleh diluluskan di PINJAMAN dalam suatu senarai.


  1. Pemohon-pemohon yang permohonan mereka terpaksa ditolak disebabkan kurang penjamin atau permohonan mereka melebihi had yang mereka layak meminjam atau permohonan mereka itu tidak disertakan dengan kenyataan-kenyataan yang kuat bagi menyokong akan permohonannya atau borang-borang tidak dilengkapkan dengan sempurna, hendaklah diberitahu segera agar pembetulan-pembetulan dapat dibuat dan permohonan-permohonan itu dapat dipertimbangkan di dalam mesyuarat Lembaga yang akan bersidang.


  1. Pemohon-pemohon yang permohonan mereka boleh diluluskan, hendaklah diberitahu segera supaya surat perjanjian pinjaman dapat dilengkapkan dengan sempurna oleh pemohon dan penjamin-penjaminnya. Tidaklah menjadi satu kesalahan jika pihak koperasi dan pihak pemohon bersetuju agar surat perjanjian pinjaman ini diisi dan ditandatangani terlebih dahulu iaitu semasa pemohon mengemukakan permohonan pinjaman.


  1. Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pinjaman setelah membuat perakuan-perakuan tertentu hendaklah menyerahkan segala-galanya kepada Bendahari koperasi untuk tindakan selanjutnya, khasnya di segi penyediaan cek dan baucer.


MENIMBANG : 14. (1) Apabila Lembaga bermesyuarat bagi menimbangkan PERMOHONAN permohonan pinjaman daripada ahli-ahli, permohonan-PINJAMAN permohonan tersebut hendaklah ditimbangkan mengikut DI DALAM giliran berpandukan kepada angka pendaftaran yang MESYUARAT ada tercatat pada borang - borang permohonan

LEMBAGA pinjaman.


  1. Jumlah pinjaman yang akan diluluskan pada tarikh mesyuarat tersebut hendaklah diasaskan kepada jumlah Kumpulan wang untuk pinjaman yang ada berbaki di dalam akaun bank pada tarikh mesyuarat dijalankan.


  1. Di dalam mengambil keputusan meluluskan sesuatu pinjaman, Lembaga hendaklah berpegang kepada prinsip “Yang dahulu kena didahulukan” dan di atas prinsip “Yang mustahak dan Yang Kecil didahulukan”.


  1. Diantara perkara-perkara penting yang harus dibincangkan oleh Lembaga semasa menimbangkan permohonan-permohonan pinjaman termasuklah:-


  1. adakah si pemohon itu layak meminjam?


  1. berapa banyakkah kelayakannya meminjam?


  1. adakah jumlah pinjaman yang dipohon itu setimpal dengan jumlah yang ia layak memohon?


  1. adakah penjamin-penjaminnya layak menjamin?


  1. adakah tujuan meminjam itu sejajar dengan tujuan atau tujuan-tujuan yang disebutkan di dalam Undang-Undang Kecil Koperasi?


  1. Setelah Lembaga berpuashati diatas kedudukan permohonan-permohonan itu, maka Lembaga bolehlah menimbangkan pula cadangan-cadangan si pemohon mengenai cara-cara membayar balik pinjaman itu dan jika tidak bersetuju diatas cadangan-cadangan itu, Lembaga bolehlah mengemukakan cadangan balas atau mengenakan syarat-syarat dan cara-cara membayar balik pinjaman itu.


  1. Kelulusan atau penolakan sesuatu permohonan pinjaman itu hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli-ahli Lembaga dan mendapat suara terbanyak semasa pengundian. Kelulusan atau penolakan itu hendaklah dicatatkan di dalam Buku Minit Mesyuarat Lembaga dan di dalam Daftar Permohonan Pinjaman.


MENOLAK : 15. (1) Maka hendaklah semata-mata berada di dalam kuasa PERMOHONAN Lembaga untuk menolak sesuatu permohonan pinjaman PINJAMAN itu, menghadkan jumlah pinjaman yang dipohon dan menolak mana-mana ahli daripada menjadi penjamin- penjamin.

  1. Ahli-ahli tidaklah boleh menuntut bahawa pinjaman ini adalah sebagai satu daripada hak-haknya sepertimana yang tersebut di bawah Undang-undang Kecil II.


MEMBAYAR : 16. (1) Semua bayaran wang pinjaman (kecuali pinjaman

WANG kecemasan) hendaklah dilakukan seminggu selepas

PINJAMAN mesyuarat Lembaga yang meluluskannya.

  1. Sebelum bayaran-bayaran diperbuat, Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari koperasi hendaklah mempastikan bahawa:-


  1. surat-surat perjanjian pinjaman telah siap disempurnakan dan ditandatangani oleh semua pihak yang berkenaan


  1. baucer pinjaman telah disiapkan untuk ditandatangani


  1. jumlah pinjaman yang diluluskan direkodkan di dalam Daftar Pinjaman


  1. Daftar Penjamin telah sempurna diselenggarakan


  1. Semua bayaran-bayaran hendaklah dibuat dengan cek berpalang dan tidak dengan wang tunai.


  1. Bayaran-bayaran pinjaman hendaklah dibuat melalui pos berdaftar aku terima (AR REGISTERED) jika tempat tinggal yang memohon itu berjauhan dari pejabat koperasi atau menyerahkannya kepada pemohon sendiri jika ianya datang mengambil di pejabat. Penyerahan-penyerahan seumpama ini hendaklah diakui oleh penerimanya di dalam Daftar Penyerahan Dokumen dan Pos, dan jika menerimanya melalui pos, pemohon itu hendaklah membuat pengakuan terima di dalam baucer yang dikirimkan bersama, yang mana hendaklah dikembalikan kepada koperasi secepat mungkin.


PERMOHONAN : 17. Didalam keadaan-keadaan terkecuali, Lembaga bolehlah MENANGGUH membenarkan penangguhan atau pengurangan di atas

ATAU sebarang bayaran ansuran pinjaman dengan syarat bahawa MENGURANG permohonan kerana penangguhan atau pengurangan itu telah BAYARAN dipersetujui oleh penjamin-penjamin. Maka tidak akan diberi KEMBALI penangguhan atau pengurangan itu kerana sebab-sebab PINJAMAN kecuaian ahli - ahli disegi pentadbiran kewangannya sendiri.

Semua permohonan-permohonan hendaklah disertakan dengan bukti perjelasan dan pengesahan daripada penjamin-penjamin.


MENGAMBIL : 18. Pinjaman lazimnya kenalah dibayar balik dengan serta merta BALIK bersekali dengan faedah dengan tiada kelewatan, dan dengan PINJAMAN tidak terikat kepada mana-mana syarat yang pinjaman itu DENGAN diberikan di dalam perkara-perkara yang berikut:-

SEGERA

  1. jika ahli yang meminjam itu berhenti menjadi ahli kerana apa-apa sebab jua pun.


  1. jika seseorang daripada perjamin-penjaminnya berhenti menjadi ahli dan peminjam gagal pula mengadakan seseorang penjamin lain yang memuaskan Lembaga.


  1. jika pinjaman yang diberikan itu digunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak disebutkan di dalam borang permohonan.


  1. jika mana-mana ansuran pinjaman terlewat dibayar selama lebih dari tiga bulan.


  1. jika dibuktikan bahawa sikap dan kejujuran peminjam itu terhadap koperasi ini adalah berlawanan dengan kepentingan koperasi.


MENDAPATKAN : 19. Maka hendaklah menjadi kewajipan Lembaga koperasi ini PINJAMAN untuk mendapatkan balik pinjaman yang telah diberi bersekali YANG TIDAK dengan faedahnya daripada penjamin-penjamin si peminjam DIBAYAR jika ansuran bayarannya tidak diterima lebih dari tiga bulan.


TANGGUNG- : 20. Jika Lembaga dengan sebab lalai dari mengambil tindakan JAWAB terhadap peminjam-peminjam yang membayar lewat itu, maka LEMBAGA adalah menjadi tanggungjawab Lembaga bersama-sama PENGARAH menanggung mana-mana kerugian yang dialami oleh koperasi.


AHLI-AHLI : 21. Apabila seseorang ahli telah mengambil pinjaman atau menjadi TIDAK BOLEH penjamin bagi sesuatu pinjaman, permohonannya hendak BERHENTI berhenti dari menjadi ahli tidaklah boleh diluluskan, sehingga MENJADI pinjamannya bersekali dengan faedah telah dijelaskan dan AHLI tanggungannya sebagai penjamin dihapuskan.


PERUNTUKKAN : 22. (1) Lembaga hendaklah memperuntukkan cadangan

UNTUK peruntukkan jumlah wang yang akan dikeluarkan KEGUNAAN sebagai pinjaman mengikut jenis-jenis pinjaman bagi PINJAMAN tiap-tiap bulan di dalam Anggaran Belanjawan Tahunan BAGI MAKSUD Koperasi. Dengan adanya peruntukkan ini, maka BELANJAWAN kawalan terhadap aliran wang tunai akan dapat TAHUNAN dipraktikkan dengan lebih berkesan dan ini akan

memudahkan Lembaga merancangkan pelaburan dan sebagainya.

  1. Kawalan terhadap wang peruntukkan ini bolehlah diadakan kelonggaran sedikit untuk menjaga kepentingan keperluan ahli-ahli di segi pinjaman.


MAKLUMAN : 23. Lembaga hendaklah membentangkan untuk makluman ahli-ahli KEPADA di dalam mesyuarat agung tahunan koperasi laporan-laporan MESYUARAT mengenai aktiviti-aktiviti ini dan rancangan-rancangan bagi AGUNG masa-masa yang akan datang untuk diterima dan diluluskan.


PERTIKAIAN : 24. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran

peraturan-peraturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pendaftar mengikut Undang-Undang Kecil 55 koperasi.





PERATURAN-PERATURAN TABUNG PELAJARAN / BIASISWA


  1. Maka Peraturan in dinamakan Peraturan Tabung Biasiswa Pelajaran Koperasi


  1. Peraturan ini adalah tambahan kepada Undang-undang Kecil Koperasi ini.


  1. Dalam Peraturan ini, melainkan tertentu maksudnya, maka:-


  1. Ordinan maknanya Ordinan Koperasi-Koperasi Bil. 33 Tahun 1948.


  1. Koperasi maknanya Koperasi


  1. Undang-undang Kecil maknanya Undang-undang Kecil Koperasi ini.


  1. Lembaga maknanya Lembaga Pengarah Koperasi ini.


  1. Tabung maknanya Tabung Biasiswa Pelajaran iaitu Kumpulanwang yang dikhaskan bagi maksud menimbangkan pemberian biasiswa.


  1. Biasiswa maknanya bantuan wang yang dikeluarkan oleh Koperasi ini kepada orang yang layak mengikut peraturan.


  1. Peraturan maknanya Peraturan Tabung Biasiswa ini.


  1. Jawatankuasa Kecil maknanya seseorang yang dilantik dari Jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Lembaga Pengarah terdiri antara mereka.


  1. Pegawai Biasiswa maknanya seseorang yang dilantik dari Jawatankuasa Kecil untuk mengurus, mengatur, menyusun, memproses dan menyiasat perkara-perkara berhubung dengan Biasiswa, permohonan-permohonan untuk Biasiswa, calon-calon, siswa-siswa, pelajar-pelajar, untuk dilaporkan kepada Lembaga Pengarah atau sebagaimana yang diarahkan dan dikehendaki oleh Lembaga Pengarah dan Peraturan ini.


  1. Calon maknanya seorang yang memohon Biasiswa


  1. Siswa maknanya seorang ahli yang telah dipilih layak menerima Biasiswa atau yang sedang menerima Biasiswa ini.


  1. Pelajar maknanya anak ahli yang telah dipilih layak menerima atau yang sedang menerima Biasiswa ini.


  1. Ahli maknanya ahli Koperasi ini.


  1. Maka tujuan-tujuan Tabung ini adalah:-


  1. mengumpulkan wang untuk pelajaran,


  1. mengeluarkan Biasiswa pada yang layak,


  1. pada amnya meninggikan mutu pelajaran ahli-ahli dan anak-anak ahli sebagaimana yang difikirkan patut oleh Koperasi ini.


5. (a) Koperasi ini boleh mengadakan satu peruntukkan wang bagi Tabung ini yang

disumbangkan dan dikumpulkan mengikut Undang-Undang Kecil atau sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar.l

  1. Selain daripada sumbangan yang tersebut dalam Peraturan 5 (a) itu, Koperasi ini boleh juga menerima untuk Tabung ini derma-derma dan pemberian yang berupa wang dari mana-mana ahli, bukan ahli, badan sukarela dan Yayasan-yayasan. Segala penerimaan ini hendaklah dimasukkan ke dalam Kira-Kira Tabung Biasiswa Koperasi ini.


6. (I) Maka timbangan pemberian Biasiswa ini hendaklah ditujukan kepada

pelajaran-pelajaran di tempat-tempat seperti berikut:-


  1. Di semua Yayasan Pelajaran yang diiktiraf atau dibantu penuh oleh Kerajaan Malaysia di dalam Negara.


  1. Di semua Yayasan Pelajaran Tinggi diluar negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


  1. Tingkat-tingkat pelajaran yang dimaksudkan dalam Peraturan ini ialah :-


  1. Tingkatan I, II, III, IV dan V dimana sekolah, Maktab atau Yayasan Pelajaran yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, diberi kepada semua aliran pelajaran yang bersifat ilmu tinggi.


  1. Kursus-kursus Diploma/dan Ijazah dimana-mana Maktab dan/atau Yayasan Pelajaran Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


  1. Kursus Siswazah (Post Graduate) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


  1. Calon-calon yang layak memohon Biasiswa ini ialah:-


  1. Seorang yang menjadi ahli Koperasi ini selama lima tahun berturut-turut.


  1. Anak kepada seorang ahli yang menjadi ahli selama lima tahun berturut-turut, disyaratkan bahawa anak itu:-


(i) Anak ahli sendiri yang sah disisi Undang-Undang,


  1. Anak angkat ahli dengan segala keterangan surat Undang-Undang,


  1. Anak tiri ahli yang telah ada dalam peliharaannya selama tidak kurang dari enam tahun.


  1. Seorang ahli atau anak ahli yang belum menerima mana-mana Biasiswa.


  1. Maka Biasiswa ini dikeluarkan dalam bentuk berikut:-


  1. BIASISWA PENUH – Bantuan ini adalah diberi kepada pelajar-pelajar dan dikeluarkan mengikut perbelanjaan wajib sebagai seorang penuntut, iaitu tambang pergi balik, pakaian, belanja hidup hari-hari dan juga perubatan.


  1. BIASISWA SEPARUH – Bantuan ini adalah diberi kepada siswa-siswa dan pelajar-pelajar mengikut separuh daripada jumlah perbelanjaan wajib sebagai seorang penuntut. Bantuan ini diberi untuk pelajaran yang tersebut dalam Peraturan 6(ii) (b).


  1. DERMASISWA – Bantuan ini adalah diberi kepada pelajar-pelajar untuk pelajaran yang disebutkan dalam Peraturan 6(ii) (a) sama ada ia atau tidak ada menerima Biasiswa dari Kerajaan atau Badan-badan lain. Pelajar-pelajar yang ada menerima Biasiswa dari Koperasi ini dibawah Peraturan 8 (a) dan (b) tidaklah boleh diberi bantuan ini.


  1. Maka pengelolaan Tabung Biasiswa ini adalah tanggungjawab Lembaga Pengarah yang berkuasa penuh atas segala keputusan memilih dan menolak calon-calon, memberi, menahan, menyambung dan menetapkan banyaknya Biasiswa yang hendak dikeluarkan serta memberhentikan pemberian Biasiswa serta apa juga yang difikirkan perlu dan munasabah oleh Lembaga Pengarah tersyarat pula oleh Peraturan 12.


  1. Dalam hal-hal berhubung dengan kecekapan dan kelicinan pentadbiran, maka Lembaga Pengarah bolehlah melantik satu Jawatankuasa Kecil yang mana akan menjalankan kewajipan-kewajipan sebagai Pegawai-Pegawai Biasiswa.


11. (I) Maka Pegawai-pegawai Biasiswa itu hendaklah menjalankan kewajipan-

kewajipan seperti berikut:-


  1. mengatur pengiklanan atau pemberitahuan rancangan-rancangan pengeluaran Biasiswa.


  1. mengurus, menerima dan memproses segala permohonan-permohonan untuk Biasiswa.


  1. menemuduga calon-calon, jika perlu.


  1. merekodkan kemajuan dan menyiasat keadaan-keadaan siswa-siswa dan pelajar-pelajar.


  1. menjalankan lain-lain arahan Lembaga Pengarah.


  1. melaporkan kepada Lembaga Pengarah langkah-langkah yang telah dijalankan seperti di (a), (b), (c) dan (e) dalam Peraturan ini.


(II) Maka berkuasalah Lembaga Pengarah menambah atau mengurangkan

kewajipan-kewajipan pegawai-pegawai Biasiswa serta menggantung, memberhentikan mana-mana Pegawai dan melantik semula Pegawai Biasiswa yang baru.



12. (i) Sekiranya seseorang siswa atau pelajar itu oleh sebab cuai atau malas dalam

pelajarannya, disiasat dan didapati nyata kemundurannya maka Biasiswanya akan ditahan atau diberhentikan dengan keputusan Lembaga Pengarah yang mana hendaklah dirujukkan kepada mesyuarat agung yang akan datang.


  1. Seorang siswa atau pelajar yang telah ditahan atau diberhentikan Biasiswanya bolehlah merayu kepada mesyuarat agung yang akan datang dan jika dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir bersetuju untuk disambung Biasiswa itu, maka Biasiswa itu hendaklah disambungkan.


  1. Calon-calon hendaklah membuat permohonan kepada Setiausaha Koperasi ini dalam borang yang disediakan dan hendaklah mengandungi butir-butir yang dikehendaki seperti berikut:-


  1. Surat akuan Pengetua Sekolah, Maktab, Yayasan Pelajaran atau Ketua Jabatan.


  1. Surat Beranak yang sah.


  1. Surat Pegawai Perubatan


14. Maka keputusan Lembaga Pengarah untuk menolak mana-mana permohonan adalah keputusan yang muktamad, dan sebarang rayuan terhadap keputusan ini tidak akan dilayan melainkan akan hal-hal yang berhubung dengan Peraturan 12.


15. (I) Setelah berjaya mendapat pertimbangan Biasiswa, maka siswa itu

hendaklah mengikat perjanjian dengan koperasi ini bahawa ianya antara lain mengaku akan :-


  1. menggunakan wang Biasiswa hanya untuk pelajaran yang telah ditetapkan.


  1. menuntut bersungguh-sungguh hingga berjaya mengikut masa yang telah ditetapkan.


  1. Bagi Biasiswa yang telah ditimbangkan kepada seorang pelajar, maka pelajar itu hendaklah antara lain mengikat perjanjian dengan koperasi ini seperti jua yang dikehendaki oleh Lembaga Pengarah.


  1. Tindakan Undang-Undang yang tegas hendaklah diambil dengan segera jika berlaku sebarang pecah amanah, salahguna wang, mungkir perjanjian atau lain-lain kesalahan dalam segala hal berkenaan dengan Biasiswa ini.


  1. Peraturan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Undang-Undang Kecil Koperasi ini dan Ordinan.

  2. Peraturan ini tidaklah boleh dipinda melainkan dengan persetujuan mesyuarat agung dan Ketua Pendaftar.




PERATURAN – PERATURAN KUMPULANWANG DERMA KHAIRAT KEBAJIKAN:


  1. Peraturan ini dinamakan Peraturan Kumpulanwang Derma Khairat Kebajikan Koperasi


  1. Peraturan ini adalah tambahan kepada Undang-Undang Kecil Koperasi ini.


  1. Maka tafsiran-tafsiran dalam Peraturan ini adalah:-


  1. Ordinan maknanya Ordinan Koperasi-Koperasi Bil. 33 Tahun 1948.


  1. Koperasi maknanya Koperasi


  1. Lembaga Pengarah maknanya Lembaga Pengarah Koperasi ini.


  1. Undang-Undang Kecil maknanya Undang-Undang Kecil Koperasi ini.


  1. Ketua Pendaftar maknanya Ketua Pendaftar Koperasi-Koperasi Malaysia.


  1. Ahli maknanya ahli Koperasi ini yang sah.


  1. Anak maknanya anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang sah.


  1. Waris maknanya Penama Berdaftar di Koperasi ini.


Maka tujuan Kumpulanwang ini adalah untuk memberi bantuan kewangan kepada waris dan/atau ahli kerana kematian ahli, isteri/suami dan anak ahli bagi perbelanjaan menguruskan jenazah; dan kepada ahli-ahli yang telah cukup umur untuk bersara dari jawatannya.


Kumpulanwang ini adalah mengandungi:-


  1. Derma tetap dari ahli-ahli sebanyak RM1.00 pada sebulan. Maka kutipan wang derma ini hendaklah dibuat sekali dalam sebulan itu.


  1. Sumbangan sebanyak 1% daripada keuntungan bersih bagi satu-satu tahun kewangan Koperasi ini.


  1. Lain-lain pemberian atau derma.


Ahli Lembaga Pengarah Koperasi ini adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua urusan pentadbiran dan melaksanakan perjalanan Kumpulanwang ini. Ahli Lembaga Pengarah boleh juga melantik satu Jawatankuasa Kecil untuk menguruskan Kumpulan wang ini bagi pihaknya.


Maka semua ahli Koperasi ini yang telah membayar derma untuk Kumpulanwang ini selama dua belas bulan adalah menjadi ahli yang sah Kumpulanwang ini. Ahli-ahli atau waris ahli ini adalah berhak mendapat bantuan daripada Kumpulanwang ini disyaratkan bahawa:-


  1. bagi faedah kematian, seseorang ahli itu mestilah menjadi ahli Koperasi ini tidak putus-putus selama tidak kurang dari lima tahun.


  1. bagi faedah bersara pula, seseorang ahli itu hendaklah menjadi ahli Koperasi ini juga tidak putus-putus selama tidak kurang daripada sepuluh tahun.


Maka bayaran Derma Kebajikan ini adalah seperti berikut:-


  1. Apabila seorang ahli Koperasi ini meninggal dunia, maka setinggi-tinggi derma yang boleh diberikan adalah sebanyak RM2,000.00


  1. Apabila isteri atau suami ahli itu meninggal dunia, maka setinggi-tinggi derma yang boleh diberikan ialah sebanyak RM500.00


  1. Apabila anak ahli itu meninggal dunia, maka setinggi-tinggi derma yang boleh diberikan ialah sebanyak RM150.00 – umur 12 tahun ke atas RM250.00 – umur 12 tahun ke bawah RM150.00


  1. Apabila seseorang ahli itu keluar bersara dari jawatannya kerana cukup umur, maka setinggi-tinggi derma boleh diberikan adalah sebanyak RM200.00


Wang derma ini boleh dibayar dengan serta merta manakala didapati segala keterangan yang dikehendaki, dan Lembaga Pengarah hendaklah membentang dalam mesyuarat yang akan datang untuk disahkan.


9. (a) Wang bantuan yang tersebut dalam Peraturan 7(a) akan diberikan kepada

isteri atau suami ahli Koperasi ini yang meninggal dunia itu. Kiranya ahli itu tidak beristeri atau bersuami, maka wang bantuan ini akan diberikan kepada waris ahli itu yang didaftarkan dalam Koperasi ini. Kiranya waris yang didaftarkan itu umurnya kurang daripada 18 tahun, maka wang ini terserahlah kepada budibicara Lembaga Pengarah menentukan penerimanya.

  1. Bagi ahli yang bersara, wang derma ini akan diberikan setelah segala modal simpanannya (setelah ditolak apa-apa sangkutan yang ada dengan Koperasi ini) dikeluarkan kepadanya.


10. Maka cara menuntut wang derma ini ialah:-


  1. Ahli atau waris ahli hendaklah memberitahu dengan bersurat atas kematian ahli, isteri/suami dan anak yang berkenaan itu dengan mengemukakan perkara-perkara berikut:-


  1. salinan Surat Kematian yang sah.


  1. surat pengakuan yang mengesahkan bahawa yang menuntut itu adalah isteri/suami kepada ahli yang meninggal dunia itu.


  1. salinan Surat Beranak anak ahli yang meninggal dunia itu.


  1. Tuntutan wang derma ini oleh waris ahli yang meninggal dunia itu akan dilayan dalam tempoh tiga bulan selepas daripada tarikh kematian mereka yang tersebut dalam Peraturan 5. Maka tuntutan yang lewat dari tarikh tempoh itu tidak akan dilayan lagi.


  1. Bagi ahli yang bersara, hendaklah mengemukakan surat keterangan yang sah bahawa beliau itu benar bersara dari jawatannya kerana cukup umur.


  1. Jika berlaku sesuatu pertikaian diantara ahli-ahli, hendaklah perkara itu diselesaikan mengikut Ordinan.


  1. Sebarang pindaan, tambahan atau pun pembatalan berkenaan dengan Peraturan ini tidaklah boleh dibuat melainkan dengan persetujuan mesyuarat agung dan kelulusan Ketua Pendaftar.


  1. Peraturan ini akan berkuatkuasa apabila dipersetujui oleh mesyuarat agung dan didaftarkan oleh Ketua Pendaftar.


PERATURAN – PERATURAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PENGGUNA


Tajuk 1. (1) Peraturan-Peraturan ini adalah dinamakan ‘Peraturan-Peraturan

Bagi Menjalankan Aktiviti Pengguna Koperasi’


  1. Peraturan-Peraturan ini diwujudkan di bawah Undang-Undang Kecil 44 (1) (v) Koperasi ini dan akan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi ini dan Ketua Pendaftar.


Tafsiran 2. Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, aktiviti pengguna termasuklah:-


  1. Perniagaan Kedai runcit.


  1. Agensi-agensi Kecil perniagaan barang-barang perlu dan mewah dengan cara sewa beli.


  1. Perniagaan barang-barang melalui pinjaman khas Koperasi.


Tujuan 3. Tujuan peraturan-peraturan ini diwujudkan ialah untuk:-


  1. Merancang bagi mendapatkan, mengadakan dan membekal semua jenis barangan pengguna yang bermutu baik untuk dijual kepada ahli-ahli mengikut harga-harga pasaran tempatan;


  1. Memberi kemudahan-kemudahan di segi kredit perkhidmatan apabila menjalankan aktiviti ini;


  1. Mengawal akan perjalanan akitviti ini.


Modal 4. (1) Suatu peruntukan daripada Kumpulanwang modal bolehlah operasi dikhaskan bagi membiayai aktiviti ini yang mana hendaklah dan Sumber dikembangkan dari masa ke semasa.

Kewangan

  1. Lembaga boleh, apabila didapati bahawa permintaan melebihi bekalan, menambah modal operasi aktiviti ini melalui;


  1. Wang pertaruhan tetap ahli;


  1. Pinjaman dari ahli-ahli;


  1. Pinjaman dari bank;


  1. Overdraf bank;


dengan syarat bahawa (a) kuasa had setinggi-tinggi hutang yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung masih berkuatkuasa, dan (b) Ketua Pendaftar memberikan persetujuannya.


Pengurusan 5. Lembaga adalah berkuasa dibawah Undang-Undang Kecil 44 (1) (n)

Melantik seorang Pengurus dan pekerja-pekerja bagi menguruskan aktiviti ini. Pengurus hendaklah bertanggungjawab kepada Lembaga bagi :-


  1. Menyelia dan menentukan pekerja-pekerja sehingga mencapai taraf kecekapan dan kejujuran;


  1. Memeriksa bil-bil dan mengesahkan barang-barang yang diterima;


  1. Mencadangkan harga jualan dan menguatkuasakannya setelah dipersetujui oleh Lembaga;


  1. Menentukan semua buku-buku akaun, daftar-daftar, fail-fail dan dokumen-dokumen penting mengenai perniagaan diselenggarakan dan disimpan dengan selamat dan kemaskini pada setiap waktu.


  1. Menentukan pengiraan stok sebenar dibuat seberapa kerap yang perlu dan yang diwajibkan ialah pada tarikh akhir tahun kewangan koperasi;


  1. Memeriksa dan menyemak akaun-akaun perniagaan pada masa-masa tertentu;


  1. Menentukan bil potongan gaji bulanan dihantar kepada pihak yang berkuasa pada masa-masa yang ditetapkan;


  1. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pegawai-pegawai Koperasi ini.


Belian 6. (1) Semua belian hendaklah diuruskan oleh Jawatankuasa Kecil

Perniagaan yang dilantik di bawah Undang-Undang Kecil 44 (1) (u), kecuali apa-apa yang telah dibenarkan kepada Pengurus membuatnya.


  1. Adalah terpulang kepada budibicara Jawatankuasa Kecil Perniagaan atau Pengurus Koperasi bagi menerima harga barang-barang yang ditetapkan oleh pembekal. Di dalam hal ini, faktor penting yang harus ditimbangkan ialah supaya penerimaan harga belian itu tidak akan menjejaskan kadar keuntungan yang telah dianggarkan di atas jualan barang-barang itu kelak.


  1. Belian barang–barang bolehlah dibuat secara tunai atau berhutang. Jika belian dibuat secara berhutang, harga yang ditawarkan dan tempoh kredit yang diberi hendaklah ditimbangkan dengan teliti bagi melindungi kepentingan perniagaan koperasi.

  2. Semua pesanan barang-barang hendaklah dibuat di dalam Borang pesanan yang disediakan oleh Lembaga.


  1. Apabila barang-barang pesanan sampai ke Koperasi, penentuan hendaklah dibuat di segi jumlah, mutu dan nilai barang-barang yang diterima. Penentuan ini boleh dibuat dengan:-


  1. Memeriksa barang-barang itu;


  1. Meneliti Borang Pesanan Koperasi dan Invois/Borang Hantaran barang-barang yang diterima dari Pembekal dan seterusnya membuat perbandingan dengan barang-barang yang diterima;


  1. Membandingkan harga yang ditulis di dalam Invois/Bil dengan harga yang dipersetujui semasa membuat perundingan/perjanjian dengan Pembekal.


  1. Pengurus Koperasi hendaklah merekodkan semua belian berhutang ke dalam Buku Belian dan memindahkan jumlah hutang itu ke Lejer Si Piutang di bawah akaun Pembekal-pembekal yang berkenaan.


Penerimaan 7. (1) Jawatankuasa Kecil Perniagaan Koperasi boleh menerima Barang-Barang barang-barang dari Pembekal-pembekal secara ‘Consignment Untuk Dijual Basis’ untuk dijual, dengan syarat bahawa Koperasi tidak akan Di atas ‘Consignment bertanggungjawab di atas barang-barang yang tidak habis Basis’ dijual.


  1. Jawatankuasa Kecil Perniagaan hendaklah mendapatkan faedah yang setinggi-tingginya mengenai perkara ini semasa membuat perundingan dengan Pembekal-pembekal.


  1. Suatu perjanjian bolehlah dimeteraikan diantara Pembekal-pembekal dan Koperasi bagi mengelakkan perbalahan diantara kedua-dua belah pihak di kemudian hari kelak.


  1. Penerimaan barang-barang melalui cara ini hendaklah direkodkan di dalam Buku Stok Khas baginya.


Kelayakan 8. (1) Ahli - ahli yang telah diterima masuk menjadi ahli selama tidak

Memohon kurang dari 12 bulan dan bagi yang masuk semula 18 bulan Kredit dan telah menyempurnakan bayaran yuran/saham bagi tempoh

tersebut adalah layak untuk memohon kemudahan kredit daripada


(2) Pekerja-pekerja Koperasi yang telah berkhidmat selama tidak kurang dari 12 bulan dan telah menjelaskan bayaran wang jaminan pekerja adalah layak untuk memohon kemudahan kredit daripada koperasi ini.


  1. Ahli-ahli Lembaga Pengarah adalah tidak dibenarkan menjamin semasa tempoh didalam jawatannya sebagai Ahli Lembaga.


Permohonan 9. (1) Semua permohonan hendaklah membeli barang-barang secara Kredit kredit hendaklah dibuat didalam borang yang telah disediakan

oleh Lembaga dengan dikenakan tiga orang penjamin, terdiri dari ahli-ahli koperasi ini yang layak menjamin.


  1. Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahulu menentukan bahawa borang-borang permohonan mereka dan dokumen-dokumen sampingan diisi dengan sempurna dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkenaan. Kecuaian di segi ini boleh menyebabkan permohonannya itu ditolak.


  1. Penerimaan permohonan tersebut hendaklah didaftarkan didalam Buku Daftar Permohonan Kredit dan kemudiannya diserahkan kepada Jawatankuasa Kecil Perniagaan untuk diproses.


  1. Semua permohonan yang telah diproses oleh Jawatankuasa Kecil Perniagaan bersekali dengan perakuan-perakuan Jawatankuasa Kecil tersebut hendaklah dibentangkan didalam mesyuarat Lembaga bagi mendapatkan keputusan yang muktamad.


Penjamin 10. (1) Tiap-tiap seorang ahli hanya boleh menjamin tidak lebih

daripada tiga orang Si Berhutang pada sesuatu masa.


  1. Jumlah had tanggungan seseorang ahli itu sebagai penjamin dan Si Berhutang ialah sebanyak enam bulan gajinya di tambah dengan jumlah yuran/sahamnya yang telah dibayar.


  1. Suatu Daftar Tanggungan Peminjam/Si Berhutang/Penjamin hendaklah diselenggarakan oleh Koperasi bagi menentukan kebolehan seseorang itu menjamin.


  1. Semua penjamin-penjamin hendaklah bertanggungjawab terhadap seluruh hutang Si Berhutang itu sehingga hutang itu dibayar dengan selesainya.


  1. Adalah menjadi kewajipan Lembaga koperasi menentukan penjamin-penjamin baru dilantik apabila diketahui bahawa jaminan/penjamin bagi seseorang Si Berhutang itu mati atau berhenti menjadi ahli ataupun tidak mampu untuk menyempurnakan syarat-syarat jaminannya.


  1. Seseorang Si Berhutang yang gagal memberitahu Lembaga akan kematian atau tidak kemampuan penjamin-penjaminnya didalam menyempurnakan tanggungan-tanggungan, akan dituntut membayar balik dengan serta merta segala hutangnya itu.


Surat 11. (1) Ahli-ahli yang permohonannya untuk mendapatkan kemudahan

Perjanjian kredit telah diluluskan oleh Lembaga, adalah dikehendaki mengikut perjanjian dengan koperasi.


  1. Di dalam Surat Perjanjian itu, ahli-ahli tersebut hendaklah mengaku akan:-


  1. Membeli daripada Koperasi semua barang-barang keperluannya kecuali apa yang tidak dapat diadakan oleh koperasi;


  1. Meminjam hanya daripada Koperasi ini sahaja;


  1. Membayar hutangnya mengikut cara-cara dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Lembaga Koperasi.


  1. Penjamin-penjamin Si Berhutang hendaklah memberi pengakuan dengan menurunkan tandatangan di dalam Surat Perjanjian tersebut mengaku akan menjelaskan hutang itu jika sekiranya Si Berhutang gagal berbuat demikian.


  1. Surat Perjanjian in hendak dimeteraikan dengan mohor koperasi dan didaftarkan mengikut Undang-undang.


Menolak 12. (1) Maka adalah semata-mata di dalam bidangkuasa Lembaga Permohonan untuk menolak sesuatu permohonan untuk mendapatkan kemudahan kemudahan kredit, menghadkan jumlah hutang, mengenakan kredit syarat-syarat dan menolak mana-mana ahli yang dicadangkan

untuk menjadi penjamin.


  1. Ahli-ahli tidaklah boleh menuntut bahawa kemudahan kredit ini adalah sebagai suatu haknya.


Membayar 13. (1) Segala hutang kepada Koperasi, kecuali bayaran hutang kedai Hutang runcit, bolehlah dibayar secara beransur-ansur mengikut Koperasi persetujuan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Lembaga.


  1. Bayaran-bayaran tersebut hendaklah dibuat melalui potongan gaji.


Permohonan 14. Di dalam keadaan-keadaan yang terkecuali, Lembaga bolehlah Menangguhkan membenarkan penangguhan atau pengurangan di atas sebarang

Atau Mengurang- bayaran hutang kepada koperasi dengan syarat bahawa permohonan kan Bayaran kerana penangguhan atau pengurangan itu dipersetujui oleh penjamin

Hutang -penjamin. Maka tidak akan diberi penangguhan atau pengurangan itu kerana sebab-sebab kecuaian ahli-ahli di segi pentadbiran kewangannya sendiri. Semua permohonan-permohonan hendaklah disertakan dengan bukti dan penjelasan dan pengesahan-pengesahan daripada penjamin-penjamin.


Mendapat- 15. Maka hendaklah menjadi kewajipan Lembaga Koperasi untuk

kan Hutang mendapatkan balik hutang-hutang yang tidak ada dijelaskan daripada yang Tidak penjamin – penjamin jika hutang tersebut tidak dibayar oleh Si

dibayar Berhutang lebih dari tiga bulan.


Tanggung- 16. Jika Lembaga mungkir dengan sebab lalai dari mengambil tindakan jawab terhadap Si Berhutang yang membayar lewat itu, maka adalah Lembaga menjadi tanggungjawab Lembaga bersama-sama menanggung mana-Pengarah mana kerugian yang dialami oleh koperasi.


Ahli-Ahli 17. Apabila seseorang ahli telah berhutang dengan koperasi atau menjadi tidak boleh penjamin kepada seseorang Si Berhutang, permohonannya hendak berhenti berhenti dari menjadi ahli tidaklah boleh diluluskan sehingga melainkan hutangnya dijelaskan dan tanggungannya sebagai penjamin

Hutang telah dihapuskan.

dijelaskan.


Bayaran- 18. Semua bayaran hendaklah dibuat dengan cek kecuali bayaran yang bayaran kurang dari RM50.00. Di dalam sesuatu hal yang terkecuali, Pegawai-

Pegawai Koperasi ini bolehlah membayar dengan wang Tunai dan hal-hal seperti ini hendaklah dilaporkan di dalam Mesyuarat Lembaga.




Jualan 19. Semua jualan hendaklah dengan tunai. Lembaga boleh membenar-

kan jualan secara kredit kepada ahli-ahli jika yang memohon dapat memenuhi syarat-syarat berikut:-


  1. Hendaklah ada penjamin yang layak menjamin bagi melindungi keselamatan keseluruhan kredit itu;


  1. Bersetuju di atas kad kredit dan tempoh membayar balik hutang itu yang dibenarkan oleh Lembaga;


  1. Bersetuju dan membenarkan hutang itu dibayar melalui potongan gaji;


  1. Pemohon tidak ada baki hutang/pinjaman (kecuali pinjaman kecemasan) dengan koperasi pada tarikh memohon. Syarat ini tidak akan dibenarkan jika koperasi menjalankan perniagaan kedai runcit.


Perakaunan 20 (1) Semua jualan berhutang, tidak kira banyak atau sedikit,

hendaklah ditulis di dalam bil yang disediakan oleh Lembaga di atas nama ahli yang membeli barang-barang itu dan bil tersebut hendaklah ditandatangani oleh penerima barang-barang tersebut.


  1. Pengurus koperasi hendaklah menentukan bahawa barang-barang yang dipesan itu sebenar-benarnya diterima oleh ahli-ahli yang memesannya.


  1. Jumlah harga jualan sepertimana yang ditulis di dalam bil itu hendaklah direkodkan ke dalam Buku Jualan dan jumlah yang sama dipindahkan ke Lejer Si Berhutang di bawah akaun ahli yang berhutang itu pada tarikh jualan itu juga.


  1. Barang-barang yang keluar akibat dari penjualan itu hendaklah direkodkan ke dalam Buku Stok dibawah jenis barang-barang yang keluar itu pada hari itu juga.


Penerimaan 21. (1) Semua jualan tunai dan lain-lain penerimaan hendaklah

Wang dikeluarkan resit. Resit-resit itu hendaklah ditandatangani oleh

Pengurus/Pengurus Besar atau Bendahari atau mereka yang diberi kuasa oleh Lembaga.


  1. Semua terimaan wang, sama ada secara wang tunai atau cek, hendaklah dimasukkan ke dalam Bank dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan melainkan sejumlah wang tunai yang diperlukan kerana perbelanjaan-perbelanjaan runcit sebagaimana yang dihadkan oleh Lembaga.


Insuran 22. Insuran bagi perlindungan bahaya kebakaran dan kecurian hendaklah

diambil bagi barang-barang perniagaan dan/atau bangunan tempat berniaga bersekali dengan alat-alat perkakasnya.


Kawalan 23. (1) Jawatankuasa Kecil Perniagaan Koperasi, hendaklah sentiasa Stok mengawasi keperluan barang-barang yang hendak dibeli bagi

menentukan bahawa bekalan kepada ahli-ahli tidak akan terputus.


  1. Pemeriksaan-pemeriksaan hendaklah juga sering dilakukan terhadap stok barang-barang untuk mengelakkan kesusutan kehilangan dan kemusnahan.


  1. Suatu Pemeriksaan dan Pengiraan stok hendaklah diadakan pada tarikh akhir Tahun Kewangan Koperasi bagi menilai barang-barang yang ada didalam stok. Suatu sijil Pengesahan hendaklah disediakan mengenai Pemeriksaan dan Pengiraan Stok ini untuk tujuan kerja-kerja Pengauditan.


  1. Didalam usaha-usaha mengawasi dan memeriksa barang-barang, jika didapati kehilangan barang-barang telah berlaku, perkara ini hendaklah disiasat oleh Jawatankuasa Kecil Perniagaan Koperasi dan laporannya dibentangkan didalam Mesyuarat Lembaga untuk tindakan selanjutnya. Lembaga boleh juga melantik suatu Jawatankuasa Kecil Khas bagi membuat penyiasat lanjut mengenai kehilangan ini sebelum mengambil apa-apa keputusan yang muktamad.


Perancangan 24. (1) Jawatankuasa Kecil Perniagaan dan Pengurus Koperasi adalah Perniagaan bertanggungjawab di segi membentangkan anggaran

belanjawan mengenai aktiviti perniagaan ini kepada Lembaga beserta dengan ramalan-ramalan jualan dan belian bagi tahun-tahun hadapan, bagi maksud Belanjawan Tahunan.


  1. Butir-butir perancangan bolehlah diperolehi dari perangkaan-perangkaan perniagaan bagi tahun-tahun yang lalu dan kajian-kajian yang dibuat melalui keperluan dan kesukaan ahli-ahli.


  1. Pengurus juga hendaklah membentangkan didalam Mesyuarat Lembaga Laporan Perniagaan dan perniagaannya bagi tiap-tiap bulan beserta dengan pandangannya dan juga cadangan-cadangannya.


  1. Lembaga hendaklah menggunakan anggaran belanjawan yang disediakan itu bagi mengawal perjalanan perniagaan koperasi ini dengan membuat penyemakan melalui laporan perniagaan semasa yang dibentangkan didalam mesyuarat dan membuat penilaian dan arahan mengenainya.


Pertikaian 25. Jika berbangkit apa-apa perselisihan faham di atas tafsiran peraturan-

peraturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pendaftar mengikut Undang-Undang Kecil 55 koperasi ini.


Peraturan-peraturan ini telah diterima dan dipersetujui oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Koperasi pada……………………………………………

30







Tags: aktiviti ~pkenps, mengenai aktiviti, aktiviti, peraturanperaturan, jimat, koperasi, ~pkenps