SINOPSIS CERPEN – HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG SULTAN

SINOPSIS “ÁNGELES CAÍDOS” EL FILM DOCUMENTAL “ANGELES
A SIDISAMUGMAILCOM GUA ACEITE HARINA Y SAL SINOPSIS AGUA
AUDI A6 AVANT SINOPSIS AUDI A6 AVANT 2 ASPECTOS

“LAST RESORT” SINOPSIS TANYA JOVEN E INGENUA ABANDONA MOSCÚ
BMM3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU TAJUK 1 SINTAKSIS SINOPSIS TAJUK
COMPAÑÍA DE BALLET DE KRASNODAR ARTISTAS Y SINOPSIS OBRAS

Cerpen : Hujan Emas di Negeri Orang

Sinopsis Cerpen – Hujan Emas Di Negeri Orang



Sultan Ahmad berbincang dengan Bahaman tentang ugutan pihak Inggeris. Baginda memberitahu bahawa Inggeris akan menyerang seandainya baginda tidak meluluskan permintaan mereka untuk berniaga, mendirikan gudang, dan membuat tempat persinggahan kapal. Bahaman berkata bahawa mereka mesti menentang Inggeris sebagaimana nenek moyang mereka. Sultan Ahmad bimbang kerana mereka tidak cukup wang, orang, dan hulubalang. Bahaman menegaskan bahawa baginda tidak perlu bimbang akan hal itu kerana perkara yang paling penting ialah baginda tidak terpedaya akan janji-janji dan pujuk rayu Inggeris, manakala Bahaman akan mengatur rancangan dan memimpin hulubalang menentang Inggeris. Bahaman kembali ke Ulu Pahang dan tidak lama selepas itu, tersebar berita bahawa Inggeris akan menyerang. Seluruh rakyat gembira dengar berita bahawa Bahaman akan memimpin peperangan kerana Bahaman pahlawan yang pandai, berani, setia, tahu selok-belok negeri, dan arif akan strategi musuh.

Anwar seorang pemuda yang telah lama merantau kemudian kembali ke Pahang. Anwar datang ke rumah Bahaman. Semasa Bahaman menyatakan bahawa Anwar sudah senang dan banyak harta ketika berada di perantauan, Anwar dengan penuh semangat patriotik menyatakan bahawa "hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri". Bahaman memuji sikap Anwar. Beberapa bulan kemudian, banyak wakil Inggeris berjumpa dengan Sultan Ahmad dengan membawa pelbagai hadiah yang mahal-mahal. Sultan Ahmad menerima persembahan itu tetapi sernua permintaan Inggeris ditolak. Baginda memberitahu Tuan Clifford bahawa rakyat dan orang-orang besar negerilah yang berkuasa dan baginda tidak boleh berbuat apa-apa. Akhirnya Inggeris memberi amaran akan menyerang Pahang tetapi orang Pahang tidak gentar. Beberapa bulan kemudian, peperangan berlaku. Askar Inggeris membina kubu di tempat-tempat genting, dan membinasakan tanaman. Bahaman dan askarnya pula mempertahankan tempat-tempat strategik dan membina jerat serta ranjau. Datuk Bahaman berjuang secara gerila. Banyak askar Inggeris terkorban dan senjata mereka dirampas.

Setelah setahun berjuang, Bahaman mendapat berita bahawa pembesar dan Sultan Ahmad membuat penyelesaian dengan Inggeris dan mengakui akan memberhentikan pertelagahan. Bahaman tahu bahawa Sultan Ahmad telah terpedaya oleh helah Inggeris. Walaupun begitu, Bahaman tidak mahu berhenti berjuang, biar berputih tulang jangan berputih mata. Salah seorang pengikutnya memberitahu bahawa Sultan Ahmad menawarkan gelaran Orang Kaya Semantan. Gelaran tersebut membolehkan Bahaman memerintah satu daerah dengan hasil mahsulnya, diberikan ayapan seumur hidup yang berjumlah lebih seribu ringgit, dan gelaran tersebut diberikan turun-temurun jika Bahaman berhenti berperang. Bagi Bahaman, beliau bejuang bukan kerana pangkat, gelaran, wang, dan kesenangan diri sendiri tetapi kerana tanah air dan bangsa. Inggeris tampak akan menang dalam peperangan ini tetapi pengaruh Datuk Bahaman semakin kuat.

Anwar ingin sama-sama bejuang dengan Bahaman apabila Bahaman meminta pandangannya tentang ilmu yang ada pada Anwar agar dapat digunakan untuk keselamatan. Bahaman bimbang akan ibu Anwar dan Anwar meminta Bahaman bertanyakan pandangan ibunya. Ibu Anwar mengizinkan malah dia juga akan turut berjuang kerana dia telah ketagih hendak berperang. Kata-kata ibu Anwar menguatkan hatinya untuk berjuang. Setelah setahun Inggeris berkuasa, Bahaman dan pengikutnya terhimpit dan terpaksa berundur dari satu tempat ke tempat yang lain, senjata dan makanan semakin berkurangan, kadang-kadang tidak bertemu air selama beberapa hari, bertemu binatang buas dan berjumpa perangkap musuh tetapi Bahaman tidak mahu menyerah. Baginya "biar mati bergalang tanah daripada hidup bercermin bangkai". Bahaman, ibu Anwar, dan Anwar meneruskan perjuangan. Semasa di dalam hutan, ibu Anwar sakit dan tidak'berdaya berjalan, lalu ibu Anwar mahu mereka meninggalkannya di situ. Anwar sangat risau tetapi ibunya memberitahu bahawa perjuangan menentang penjajah lebih bererti daripada semuanya. Ibunya menyuruh Anwar berjuang bersama-sama Bahaman dan meninggalkannya dengan secupak beras. Baginya, dalam peperangan orang tidak mengingatkan kematian. Ibu Anwar mengatakan bahawa jika dia tidak menyusahkan anaknya, itu hanya satu pengorbanan kecil. jika anaknya meninggalkannya dan meneruskan perjuangan, itulah pengorbanan yang besar untuk tanah air. Ibunya berpesan, andainya mereka menang nanti, dia mahu anaknya memandang ke arah bukit dan pokok-pokok kayu rendang kerana itulah semangatnya



CERPEN: HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG.


1.Siapakah wakil Inggeris yang datang berjumpa Sultan Ahmad?

…………………………………………………………………………………………..


2. Apakah tujuan kedatangan wakil Inggeris tersebut?

…………………………………………………………………………………………....


3.Apakah jaminan Inggeris kepada Sultan Ahmad sekiranya dibenarkan bebas berniaga

di Pahang?

i…………………………………………………………………………………………..

ii………………………………………………………………………………………….

iii…………………………………………………………………………………………

iv…………………………………………………………………………………………


4.Mengapakah rakyat gembira apabila mendengar Bahaman akan memimpin peperangan?

i………………………………………………………………………………………….

ii…………………………………………………………………………………………

iii………………………………………………………………………………………...

iv…………………………………………………………………………………………


5. Mengapakah wujud perdamaian antara pihak Inggeris dengan Sultan Ahmad?

i…………………………………………………………………………………………..

ii………………………………………………………………………………………….

iii…………………………………………………………………………………………


6.Apakah tawaran Yang Dipertuan Negeri kepada Bahaman sekiranya beliau menghentikan peperangan?

i………………………………………………………………………………………….

ii…………………………………………………………………………………………

7. Apakah pendirian Bahaman terhadap tawaran tersebut?

…………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………….










Jawapan : HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG.


1.Tuan Clifford.


2.-memohon berniaga dengan bebas di Pahang.


3.i.- sekiranya perniagaan maju, negeri Pahang turut maju

ii - penduduk negeri akan bertambah ramai

iii- sultan akan mendapat hasil berlipat ganda daripada sekarang

iv- Inggeris akan menentang musuh-musuh yang akan menyerang Pahang


4.i - terkenal sebagai seorang pahlawan yang pandai

ii- berani lagi setia

iii-memahami selok-belok negeri

iv-mahir tipu muslihat pihak musuh


5.i. -sultan terperdaya tipu helah Inggeris

ii -tergoda pujuk rayu Inggeris

iii-terkeliru oleh fikiran dan pandangan pembesar-pembesarnya


6.i.- menawarkan gelaran Orang Kaya Semantan

ii- menawarkan saraan hidup berjumlah seribu ringgit sebulan sepanjang hidup

Bahaman.


7.- menolak tawaran tersebut dan ingin terus berjuang untuk tanah air dan bangsanya










ENEC CINE PRESENTA SINOPSIS SITUADA EN EL SIGLO XVI
HACIA UNA POLÍTICA URBANA ANTIMONOPÓLICA POPULAR SINOPSIS DE ALFONSO
LA BICICLETA DE GHISLAIN LAMBERT SINOPSIS


Tags: cerpen –, negeri, sinopsis, sultan, hujan, orang, cerpen