HIKAYAT HANG TUAH LATAR BELAKANG SYNOPSIS BAB 1 RAJA

HIKAYAT HANG TUAH LATAR BELAKANG SYNOPSIS BAB 1 RAJA






Hikayat Hang Tuah


Latar belakang


Synopsis Bab 1


Raja keinderaan Sang Perta Dewa yang memeritah kerajaan keinderaan memperolehi puteri Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam yang kemudiannya di hantar ke pulau Biram Dewa. Hasil perkhawinan puteri Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam melahirkan Sang Sepurba. Sang Sapurba dirajakan di Bukti Siguntang. Dia kemudiannya berkahwin dengan puteri hasil penjelmaan muntah lembu yang turun dari keinderaan dan melahirkan empat orang putera iaitu Sang Maniaka, Sang Jaya Nantaka,Sang Saniaka dan Sang Satiaka. Sang maniaka telah merajai negeri Bentan. Sang Maniaka kemudiannya diangkat menjadi raja oleh orang-orang Bentan.


Synipsis Bab 2


Di kampong Sungai Duyung, Hang Mahmud dan Isteri adalah masayarakat nelayan. Hang Mahmud bermmpi Hang Tuah menjadi bulan jatuh ke ribanya. Lantaran itu mereka berpindah ke kampong Bandahara Paduka Diraja di Bentan. Di sana Hang Mahmud berkedai. Hang Tuah belajar mengaji ilmu agama dan bahasa dan memperolehi kemahiran berbahasa. Setelah dewasa Hang Tuah dan sahabatnya berguru kepada Aria Putera. Sekembalinya daripada perguruan, Hang Tuah menyelamatkan Bendahara paduak raja daripada dibunuh oleh orang mengamuk. Lantara itu Hang Tuah diangkat menjadi anak Bendahara dan dilantik menjadi biduanda di Bentan.


Peristiwa Penting Bab 1 dan Bab 2 Hikayat Hang Tuah.


  1. Sang Sapurba menjadi raja di Bukit Siguntang adalah berasal dari keturunan raja-raja keinderaan.

  2. Perkahwinan Sang Sepurba dengan puteri hasil penjelmaan muntah lembu yang turun dari keinderaan melahirkan Sang maniaka,Sang Jaya Nantaka,Sang Saniaka dan Sang Satiaka. Sang Maniaka telah merajai negeri Bentan.


Bab 2


  1. Hang Mahmud bermimipi bulan turun dari langit dan cahayanya memancar ke kepala Hang Tuah.

  2. Hang Tuah menunjukkan keberaniaan dan kepintarannya sejak kecil – pandai mengaji al-quran,cekap berbahasa dalam pelbagai bahasa.

  3. Hang Tuah pergi berguru

  4. Hang Tuah berjayamembunuh orang mengamuk dengan menggunakan kappa sahaja.

  5. Hang Tuah dan empat sehabatnya Berjaya membunuh empat orang mengamuk dan menyelamatkan nyawa Bendahara.

  6. Bendahara mengambil Hang Tuah dan sahabatnya sebagai anak angkat. Raja pula melantik mereka sebagai biduanda.


Unsur Metos


  1. Inkranasi Dewa di Keinderaan merjelma menjadi seekor lembu putih yang bentuk disapuh perak dan tanduknya berduri.

  2. Muntah lembuh putih menghasilkan jelmaan budak perempuan.





Nilai masyarakat


  1. Di dalam Bab 1 dan Bab 2 diperlihatkan adat budaya raja-raja keinderaan sewaktu di singgahsana. Mereka adalah memulakan jurai keturunan raja-raja di bumi. Sementara itu terdapat nobat Iskandar Zulkarnain dipalu sebagai petanda keberangkatan raja.

  2. Gelaran Pembesar Negara seperti Bendahara Paduka Raja, Temenggung Seri Sarwa Diraja, Tun Pekerma,

  3. Sementara gelaran hulubalang ialah Tun Bija Sura, Tun Bija Diraja, Tun DiKungsa, dan Tun Ratna Diraja

  4. Gelaran perawangan ialah Tun Sang Aria, Sang Utama, Sang Jaya dan Sang Derma.

  5. Gelaran suruhan dalam istana ialah Biduandan

  6. Peranan ahli nujum dalam Istana menentukan keadaan putera/puteri raja. Persembahan rakyat kepada raja mereka.



Watak-watak Bab 1 dan Bab 2 : Raja keinderaan Sang Perta Dewa. Sang Sapurba, Puteri Muntah Lembu, Sang Manika, Sang Jaya Nanteka, Sang Saniaka, Sang Satiaka, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Mahmud, Dang Merdu, Bendahara Paduka Raja, Aria Putera. Penghulu Singapora, Aria Negara


Latar : Bukit Siguntang Mahabiru, Negeri Bentam, Bukit Pancalusa. Sungai Duyung.





Soalan konteks latihan bab 1 & 2

Nama hamba Hang Tuah dan yang empat ini saudara hamba; seornag Hang Jebat, seorang Hang Kasturi, seorang Hang Lekir, seorang Hang Lekiu. Duduk kami di Bentan. Kami sekalian ini berpenghulukan akan Bendahara Paduka Raja dan pekerjaan kami lima bersaudara ini merantaulah hendak mencari makanan; maka hamba bertemu dengan musuh itu “

(M/S 27:edisi baru)



  1. Kepada siapa kata-kata di atas di tujukan dan siapa yang dimaksudkan dengan “musuh itu”?

  2. Berapa jumlah kapal musuh yang ditewaskan oleh Hang Tuah? Jelaskan.

  3. Ke mana hendak dituju oleh lima saudara itu dan apa peristiwa sesudah dialog di atas.

( 20 markah)









Jawapan

  1. Kata-kata di atas ditujukan kepada Batin Singapura yang mengetaui tujuh buah kapal Manjungan dendang yang belayar keluar dari selat Singapura menuju ke Bentan. Kapal Batin Singapura bertemu dengan perahu lading Hang Tuah lima sahabat sebaik sahaja suasana kejar menejar di kawasan selat Singapura terjadi di antara kapal lanun(Aria Negara) dan Lading Hang Tuah.

Yang dimakksudkan dengan kata musuh itu ialah tawanan 10 orang yang ditangkap oleh Hang Tuah bersama sahabatnya. Mereka adalah kumpulan lanun Siantan bersama 17 buah kapal. Ketua mereka bernama Aria Negara. Mereka ditugaskan oleh Patih Gajah Mada, Menteri Ratu Majapahit untuk merompak Pelambang dan Bukit Siguntang.

  1. Jumlah kapal musuh yang awal ditewaskan oleh Hang Tuah bersama sahabatnya sebanyak tiga buah. Peristiwa tersebut bermula ketika perahu lading Hang Tuah bertemu dengan tiga buah kapal yang disangka mereka musuh. Hang Tuah mencadangkan supaya mereka menewaskan musuh-musuh itu di daratan pulau. Perahu lading Hang Tuah dikejar hingga ke daratan pulau. Di situ mereka dapat menumpaskan dan menawan 10 orang musuh. Tawaran dibawa bersama mereka dan diserahkan kepada Batin Sinmgapura. Jumlah sebenar kapal musuh itu ialah 17 buah.



  1. Hang tuah bersama empat sahabatnya belayar menggunakan perahu lading untuk mencari makan. Sesudah dialog di atas, Hang Tuah dan sahabatnya diterima menjadi saudara kepada Penghulu SIngapura. Hang Tuah seterusnya berguru kepada Aria Putrera.



3







Tags: belakang synopsis, latar, synopsis, hikayat, belakang