K LAMPIRAN G LAMPIRAN G OD SEBUT HARGA INTAN

2 LAMPIRAN XIII PERATURAN DAERAH PROVINSI KALIMANTAN
2 LAMPIRAN XIV PERATURAN DAERAH PROVINSI KALIMANTAN
39 LAMPIRAN PERATURAN WALIKOTA MADIUN NOMOR

4 LAMPIRAN VII PERATURAN BADAN PENGAWAS OBAT
4 LAMPIRAN XVIII PERATURAN DAERAH PROVINSI KALIMANTAN
6 LAMPIRAN HASIL PEMBAHASAN SENIN 29 SEPT

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

KK LAMPIRAN G LAMPIRAN G OD SEBUT HARGA INTAN

LAMPIRAN G

LAMPIRAN G

od Sebut Harga
: INTAN 14/2017

K LAMPIRAN G LAMPIRAN G OD SEBUT HARGA INTAN K LAMPIRAN G LAMPIRAN G OD SEBUT HARGA INTAN

SKOP DAN SPESIFIKASI

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENGURUSKAN KANTIN DI INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) BUKIT KIARA, KUALA LUMPUR



1. TUJUAN


Sebut Harga ini bertujuan untuk mempelawa Penyebut Harga bagi Sebut Harga Perkhidmatan Menyewa dan Menguruskan Kantin di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


2. Peranan dan Tanggungjawab


2.1 Penyebut Harga dikehendaki menyediakan perkhidmatan kantin yang bermutu tinggi lagi memuaskan dalam semua aspek katering. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) hanya memilih Penyebut Harga yang dapat menawarkan pakej terbaik menerusi penilaian daripada aspek-aspek berikut :


  1. Penawaran harga makanan dan minuman yang munasabah;

  2. Kepelbagaian menu dan jenis makanan serta minuman;

  3. Sistem kawalan dan pemantauan kebersihan ruang makan, perabot dan peralatan kafetaria;

  4. Sistem pengurusan aduan pelanggan;

  5. Kesediaan menyediakan perkhidmatan katering untuk mesyuarat/ majlis-majlis anjuran INTAN yang terletak di bangunan yang sama; dan

  6. Kedudukan kewangan yang kukuh.





2.2 Maklumat Kantin


  1. Kantin INTAN telah diberikan penjenamaan baru kepada nama Kiara Café.


  1. Terdapat satu (1) buah lot ruang Bagi Makanan Islam di Kiara Café, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur berkeluasan 215.99 meter persegi.


  1. Ruang tersebut mesti dibuka dan memulakan operasi mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang dan lima (5) hari seminggu secara Food Court model dan service straight line cafetaria;


  1. Pengecualian masa operasi adalah tertakluk kepada cuti umum, bulan Ramadhan dan lain-lain masa yang akan ditentukan oleh INTAN;


  1. Kegagalan mematuhi masa operasi yang telah ditetapkan boleh mengakibatkan syarikat dikenakan denda mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak INTAN;


  1. Penyebut Harga perlu sentiasa bertanggungjawab memastikan serta mengekalkan premis kantin ini berkeadaan kemas, bersih dan baik setiap masa untuk penggunaan serta keselesaan para pelanggannya;





  1. Kegagalan memastikan kebersihan dan kekemasan kantin yang menyebabkan kantin tersebut diarahkan untuk ditutup oleh pihak-pihak berkuasa, Penyebut Harga dikehendaki mematuhi arahan serta mengambil tindakan penambahbaikan dengan serta merta; dan


  1. Kerajaan Malaysia berhak memberi notis penamatan secara bertulis dalam masa 30 hari (tanpa apa-apa pampasan) atau notis 24 jam dengan pengecualian sewa bagi bulan notis dikeluarkan sekiranya pihak Penyebut Harga gagal mematuhi arahan kebersihan seperti di para v.



2.3 Peralatan Dan Kelengkapan


  1. Pihak Penyebut Harga yang memerlukan peralatan tambahan selain yang telah disediakan oleh INTAN dikehendaki menyediakan segala peralatan memasak, pinggan mangkuk dan kelengkapan lain dan yang difikirkan sesuai dengan perbelanjaan sendiri;


  1. Menyediakan peralatan sajian yang mencukupi dan sesuai bagi kegunaan seluruh operasi kantin serta catering bagi memudahkan dan menyenangkan para pelanggan kantin;


  1. Menyediakan peralatan sajian "pakai-buang" bagi kemudahan pelanggan yang ingin membawa pulang makanan dan minuman yang dibeli di kantin. Produk "pakai-buang" yang mesra persekitaran adalah amat digalakkan. Adalah diingatkan pengunaan bekas makanan jenis polystyrene adalah TIDAK DIBENARKAN; dan


  1. Penyebut Harga dibenarkan membawa peralatan baru/tambahan secara sendiri atau untuk tujuan pelaburan. Perkara ini perlu dimaklumkan dan mendapat persetujuan INTAN. Peralatan tambahan ini hendaklah bertujuan bagi meningkatkan kecekapan operasi.


1.4 Kakitangan


  1. Mengambil kakitangan yang berkebolehan, berdisiplin, bersih, efisyen serta memiliki akhlak yang baik serta mampu menjalankan operasi sajian dengan cemerlang dan memuaskan;


  1. Melantik pekerja-pekerja yang berstatus WARGANEGARA MALAYSIA sahaja. Pelantikan pekerja bukan warganegara untuk bekerja di mana-mana perkarangan INTAN adalah tidak dibenarkan sama sekali;


  1. Menyediakan jumlah kakitangan yang mencukupi dan terlatih bagi operasi kantin terutamanya pada waktu puncak dan begitu juga bagi perkhidmatan katering;


  1. Menjamin perkhidmatan yang diberikan berbentuk profesional, berpakaian kemas, tingkah laku sopan dan mesra serta berhemah tinggi;


  1. Menjamin tahap kesihatan kakitangan yang baik dan telah lulus pemeriksaan kesihatan Kerajaan serta telah mendapatkan suntikan typhoid dan disahkan sihat dengan mendapat perakuan oleh Pegawai Perubatan yang berkelayakan sebelum berkhidmat;


  1. Memastikan kakitangan sentiasa mempamerkan pas pekerja semasa berada di kawasan dan dalam Bangunan INTAN serta mematuhi segala prosedur dan peraturan semasa yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan;


  1. Mengemukakan senarai lengkap mengenai kesemua pekerjanya kepada Kerajaan dari semasa ke semasa apabila diminta berserta dengan segala kelayakan masing-masing; dan


  1. Menyediakan pakaian seragam yang bersih, sesuai dan wajar serta seboleh-bolehnya lengkap dengan penutup kepala, apron serta tandanama bagi para pekerjanya.



1.5 Penyediaan Hidangan


  1. Memastikan bahawa makanan yang disediakan, dimasak dengan sempurna dan disajikan dengan mengambil kira aspek kesihatan dan kebersihan sebagaimana prosedur-prosedur serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan seperti kod amalan kebersihan makanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain pihak Berkuasa Berwajib yang lain;


  1. Memberi jaminan makanan yang disajikan terdiri daripada jenis yang pelbagai, berkhasiat serta mempunyai 'nilai-tambah' supaya makanan dan minuman terhidang secara menarik dan menyelerakan;


  1. Kadar harga bagi setiap hidangan makanan perlulah berpatutan serta dipersetujui oleh Kerajaan. Senarai harga bagi setiap makanan serta minuman yang telah dipersetujui oleh Kerajaan hendaklah dipamerkan di tempat yang terang, jelas dan mudah dilihat untuk pengetahuan serta kemudahan pengguna;


  1. Kos dan sebarang bayaran yang dikenakan akan disemak bersama-sama antara Penyebut Harga dan Kerajaan dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan pada harga hendaklah dimaklumkan serta dipersetujui secara bertulis oleh pihak Kerajaan; dan


  1. Bekerjasama dalam membantu pihak Kerajaan merealisasikan sebarang perancangan, usaha atau kempen bagi membantu meringankan beban pengguna.



1.6 Pembersihan dan Pembuangan


  1. Memastikan sisa dan bahan buangan dilupuskan secara berkesan dan selamat. Meja hidangan hendaklah dibersihkan daripada pinggan/ mangkuk/cawan yang telah digunakan dengan segera terutamanya ketika waktu puncak;


  1. Memastikan keadaan premis kantin sentiasa berada dalam keadaan bersih dan hygenic;


  1. Memastikan semua peralatan kantin, termasuk pinggan mangkuk, kutleri dan sebagainya dicuci segera dan berada dalam keadaan bersih dan selamat;


  1. Memastikan kawasan penerimaan bahan mentah/makanan berkeadaan bersih, tidak terhalang dan terbuka untuk pandangan luar; dan



  1. Memastikan bahawa semua bahan buangan dan sampah sarap dibawa dari kawasan kantin dan dapur berkaitan ke tempat yang ditentukan dan dibenarkan untuk proses pembuangan.



1.7 Latihan Kakitangan


i. Penyebut Harga dikehendaki melatih kakitangan operasi bagi jenis-jenis perkhidmatan yang akan dijalankan, termasuk pengendalian peralatan terbabit; dan


ii. Hendaklah sentiasa memberi latihan serta kursus yang mencukupi kepada para pekerjanya terutama mengenai etika perkhidmatan layanan yang sempurna, cekap dan menyenangkan terhadap para pelanggannya.


1.8 Akta


Penyebut Harga perlu mematuhi semua akta, by-Laws dan peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan perkhidmatan makanan dan sebagainya. lni termasuk syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti dinyatakan dalam Dokumen Sebut Harga INTAN Bil.14/2017.



1.9 Limitation of contractors


i. Penjualan rokok, cerut, tembakau atau yang berkaitan adalah tidak dibenarkan. Penjualan minuman keras serta makanan yang haram di sisi Agama Islam juga adalah dilarang sama sekali;


ii. Penyebut Harga tidak dibenarkan membawa orang luar kecuali pekerja bagi menjalankan operasi. Lawatan dari luar hendaklah dengan persetujuan pihak INTAN.


iii. Penyebut Harga tidak dibenarkan menggunakan premis atau membiarkan mana-mana bahagiannya digunakan bagi maksud lain daripada perniagaannya seperti ditetapkan kecuali dengan mendapat kebenaran daripada pihak Kerajaan;


iv. Penyebut Harga tidak dibenarkan untuk mencacatkan, menconteng, memotong atau merosakkan mana-mana bahagian dinding, siling atau lantai urus niaga dan membuat apa-apa perubahan mengenai susunan dalaman atau mengenai bentuk luar ruang niaga tersebut tanpa kebenaran daripada INTAN; dan


v. Sebarang penutupan lot/premis perniagaan atau pelanjutan masa operasi atau beroperasi pada hari-hari yang selain daripada hari bekerja atau hari cuti am dan sebagainya hendaklah mendapat kebenaran INTAN.


vi. Sebarang kenaikan harga makanan mestilah merujuk dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada INTAN.



1.10 Syarat-syarat Penyewaan


i. Kehadiran Mesyuarat


Penyebut Harga atau wakil adalah dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat tertentu seperti mana diarahkan oleh INTAN, berkaitan perkhidmatan yang dijalankan di premis yang disewa.


ii. Harga Sewaan


Penyebut Harga diminta membayar harga sewaan seperti yang telah ditetapkan oleh INTAN. Sewaan ini adalah termasuk bayaran bil air, elektrik dan gas. Bayaran sewaan perlu dijelaskan SETIAP 1 HARIBULAN PADA TIAP-TIAP BULAN. Kelewatan membayar sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan boleh menyumbang kepada penilaian prestasi yang buruk bagi perkhidmatan Penyebut Harga. Kegagalan membayar sewa selama dua (2) bulan berturut-turut boleh menyebabkan kontrak perkhidmatan ditamatkan.


Apabila berjaya, Penyebut Harga perlu menjelaskan wang deposit sewaan bersama dua (2) bulan kadar sewaan dan satu (1) bulan bayaran pertama sewa bulan berkenaan. Kadar sewaan tersebut adalah termasuk bil air dan elektrik. Penyebut Harga dikehendaki membayar nilai sewaan kantin sehingga bulan terakhir operasi dan bukan dengan anggapan boleh menggunakan wang deposit yang telah dibayar untuk membayar sewaan di bulan-bulan terakhir pengoperasian. Wang deposit tersebut akan dipulangkan sama ada secara penuh, atau secara potongan atau tidak akan dikembalikan selepas kontrak tamat setelah mengambil kira kos-kos kerosakan yang perlu dibayar dan prestasi perkhidmatan yang dijalankan.


iii. Tempoh Perkhidmatan


Tempoh perkhidmatan kantin adalah tertakluk kepada dan kelulusan pindaan pihak atasan INTAN. Dua (2) tahun tempoh sewaan adalah membawa maksud hari beroperasi dan hari tidak beroperasi iaitu hari cutiIcuti am serta penutupan sementara melalui arahan daripada pihak yang berkuasa atau yang berkaitan atas sebab pembaikanIpengubahsuaian yang mana arahan-arahan tersebut diperakukan oleh INTAN.


iv. Penetapan Harga


Penyebut Harga perlu mengikut harga tawaran yang dinyatakan di dalam borang Sebut Harga. Harga makanan wajib dipamerkan bagi kemudahan pelanggan. Syarikat hendaklah memberikan diskaun sebanyak 10% daripada harga jualan yang dipamerkan kepada pegawai INTAN yang menunjukkan pas pekerja semasa membuat pembayaran. Sebarang perubahan harga oleh Penyebut Harga hendaklah dikemukakan kepada INTAN untuk kelulusan.






v. Lesen Perniagaan


Penyebut Harga dimestikan memohon lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain lesen sebagaimana yang disyaratkan oleh pihak Berkuasa Berwajib yang lain sebelum menjalankan perniagaan sebaik sahaja ditawarkan seperti dinyatakan di Lampiran A.


vi. Bidang Perniagaan


Bidang perniagaan adalah menjual makanan dan minuman sahaja. Selain daripada itu adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran secara bertulis daripada pihak INTAN.


vii. Penambahan Syarat Sewaan dari Semasa ke Semasa


INTAN dan lain-lain pihak Berkuasa Berwajib yang lain dari semasa ke semasa boleh menambah atau meminda syarat-syarat perkhidmatan mengikut keperluan dan peraturan/undang-undang semasa sekiranya terdapat keperluan mengenainya.



2. Model Pengurusan


2.1 Cadangan model pengurusan kantin yang ditawarkan mempunyai satu (1) lot sedia ada yang mempunyai keluasan 215.99 meter persegi dengan penetapan konsep perkhidmatan seperti berikut:


  1. Masakan Beraneka;

  2. Minuman Beraneka;

  3. Beraneka kuih muih citarasa Malaysia;

  4. Buah-buahan;

  5. Layan diri/alacarte; dan

  6. Lain-lain masakan atau bekalan yang diperlukan mengikut permohonan.


2.2 Penyebut Harga bertanggungjawab menyediakan Pengurus/Penyelia yang cekap dan mahir bagi penyeliaan semua aktiviti operasi yang dijalankan setiap masa. Penyebut Harga perlu untuk menerima dan mematuhi arahan dari pihak INTAN; dan


2.3 Penyewaan kepada pihak ketiga adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, permohonan kebenaran boleh dikemukakan kepada INTAN untuk pertimbangan dan kelulusan. Sekiranya kelulusan diperolehi, Penyebut Harga adalah terikat dengan ketetapan dan syarat-syarat lain dokumen Sebut Harga ini.


2.4 Penyelenggaraan Peralatan


Penyebut Harga hendaklah mengatur jadual pemeriksaan servis, kawalan serangga, aktiviti-aktiviti tertentu dalam usaha mencegah berlaku kerosakan peralatan serta keselamatan dan segala kos berkaitan adalah ditanggung oleh Penyebut Harga.



K LAMPIRAN G LAMPIRAN G OD SEBUT HARGA INTAN

12

Sebut Harga Perkhidmatan Menyewa dan Menguruskan Kantin di Institut Tadbiran Awam Negara

(INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur



(KOP PEMOHON) ……………………… NOMOR LAMPIRAN ………… PERIHAL
(LAMPIRAN 1) [NAMA PERUSAHAAN LENGKAP DENGAN ALAMAT TELEPON FAX
1 LAMPIRAN II KEPUTUSAN MENTERI KESEHATAN NOMOR 657MENKESPERVIII2009 TANGGAL


Tags: lampiran g, di lampiran, lampiran, harga, intan, sebut