NAMA AGENSI KOD DOKUMEN MASUKKAN NO FAIL DOKUMEN AGENSI

AGENSI KERAJAAN KONSEP AGENSI PUSAT SALAH SATU KOMPONEN KECIL
BORANG B KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA TINGKAT
LAMPIRAN B KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA MERCU

NAMA AGENSI KOD DOKUMEN MASUKKAN NO FAIL DOKUMEN AGENSI
SCHRIFTENREIHE MANAGEMENTSYSTEME FÜR ARBEITSSCHUTZ UND ANLAGENSICHERHEIT IM RAHMEN DER
SINTESIS DAN KARAKTERISASI MINYAK KELAPA SAWIT UNTUK AGENSIA PEMINYAKAN

NAMA AGENSI KOD DOKUMEN MASUKKAN NO FAIL DOKUMEN AGENSI

<Nama Agensi>

Kod Dokumen:

<Masukkan No Fail Dokumen Agensi>

No. Isu/Tarikh < No. Isu/Tarikh>

Tajuk :

TERMA RUJUKAN DI ANTARA <Nama Agensi> DAN UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PENGURUSAN PERANCANGAN MALAYSIA (MAMPU) BAGI PERKHIDMATAN RANGKAIAN WAN DAN LAN KAMPUS PUTRAJAYA (PCN)

No Semakan/Tarikh

0

Muka surat : 3/3


LAMPIRAN A



PERKHIDMATAN RANGKAIAN WAN DAN LAN KAMPUS PUTRAJAYA (PCN)


  1. PENGENALAN


Terma Rujukan perkhidmatan ini adalah di antara Unit Pemodenan Tadbiran dan Pengurusan Perancangan Malaysia (MAMPU) dan <Nama Agensi> bagi penyediaaan Perkhidmatan Rangkaian WAN dan LAN Kampus Putrajaya (PCN).


Terma Rujukan ini menggariskan maklumat perkhidmatan Rangkaian WAN dan LAN PCN yang telah disediakan bagi <Nama Agensi> berdasarkan skop perkhidmatan Rangkaian WAN dan LAN PCN.



  1. DEFINISI


Perkhidmatan Rangkaian WAN yang meliputi capaian Internet sehingga ke gateway switch.


Perkhidmatan Rangkaian LAN yang meliputi floor switches, data centre switches,  building switches, parcel switch hingga ke gateway switch TIDAK termasuk kabel vertical dan horizontal dalam bangunan serta kabel antara bangunan.



  1. OBJEKTIF


Matlamat Terma Rujukan ini adalah untuk mendapat persetujuan bersama di antara kedua-dua pihak iaitu MAMPU dan <Nama Agensi> bagi memastikan perkhidmatan rangkaian dapat disediakan dengan baik dan memuaskan.



  1. SKOP PERKHIDMATAN


Skop perkhidmatan Rangkaian WAN dan LAN PCN adalah seperti berikut:


  1. Menyediakan perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan peralatan rangkaian PCN secara komprehensif;


  1. Menyediakan perkhidmatan capaian ke Internet;


  1. Menyelesaikan aduan dan permohonan perkhidmatan berkaitan rangkaian;


  1. Memberi khidmat nasihat teknikal rangkaian dan Meja Bantuan;


  1. Pemantauan rangkaian secara 24 jam sehari x 7 hari seminggu; dan


  1. Melaksana polisi keselamatan rangkaian di PCN.




  1. KEPERLUAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMBERI PERKHIDMATAN


Keperluan dan tanggungjawab Pemberi Perkhidmatan bagi menyokong Terma Rujukan ini termasuk:


  1. Perkhidmatan dilaksanakan dalam tempoh yang dipersetujui bersama dan tertakluk kepada perubahan Dasar oleh Kerajaan mengenai Rangkaian Kampus Putrajaya (PCN);


  1. Memastikan ketersediaan rangkaian dan penyelesaian aduan adalah mengikut Services Level Guarantee (SLG) yang telah ditetapkan di antara Pemberi Perkhidmatan dengan Kontraktor yang dilantik. SLG bagi perkhidmatan Rangkaian WAN dan LAN PCN adalah seperti berikut:


Kategori SLG

Sasaran

  1. Perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan peralatan rangkaian PCN secara komprehensif

    1. Ketersediaan peralatan rangkaian

    2. Prestasi rangkaian

    3. Tempoh penyelesaian insiden





99.5%

99.5%

99.5%

  1. Perkhidmatan capaian ke Internet

    1. Ketersediaan peralatan rangkaian

    2. Prestasi perkhidmatan


99.9%

99.9%

  1. Menjana laporan yang bersesuaian bagi perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna mengikut keperluan;



  1. Menyediakan khidmat sokongan yang melibatkan perkhidmatan Meja Bantuan kepada pengguna.



  1. KEPERLUAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNA


Keperluan dan tanggungjawab pengguna bagi mendapat perkhidmatan berdasarkan Terma Rujukan ini:

  1. Memahami dan mematuhi semua peraturan yang berkuat kuasa termasuk Dasar Keselamatan ICT MAMPU;


  1. Memaklumkan masalah kepada Pemberi Perkhidmatan melalui medium berikut:

      1. Menghantar maklumat masalah menerusi emel ke Meja Bantuan MAMPU di alamat emel [email protected];

      2. Membuat panggilan terus ke Meja Bantuan MAMPU di talian 03-8892 4001; atau

      3. Membuat panggilan terus ke Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di talian 03-8000 8000.

  1. Memantau semua permohonan atau masalah yang dikemukakan kepada Pemberi Perkhidmatan.





Tags: agensi, dokumen, masukkan