BINAAN PEMUAT DAN PROSES CAS – NYAHCAS BAGI PEMUAT
Binaan Pemuat
Pemuat mengandungi 2 plat pengalir yang diletakkan bertentangan atau selari antara satu sama lain. Plat ini mampu memegang cas elektrik.
Plat-plat ini diasingkan oleh bahan penebat yang disebut dielektrik seperti udara, kertas, mika, seramik dan sebagainya.
Tamatan 1
Dielektrik
P lat logam
T amatan 2
Rajah 6.8 Binaan Pemuat
Bahan dielektrik adalah bersifat penebat di mana ia mempunyai ciri dan pemalar tertentu.
Biasanya pemuat diberikan nama mengikut jenis dielektriknya, seperti pemuat kertas, pemuat udara, pemuat mika dan pemuat seramik.
Proses cas-nyahcas bagi pemuat
Apabila 2 plat logam yang rata diletakkan selari dan hampir antara satu sama lain, tetapi tidak bersentuhan, plat itu boleh dicas samada secara positif atau negatif, bergantung ke atas cas yang dipindahkan.
Jika plat ini bercas negatif, ia akan mengambil elektron berlebihan.
Jika plat ini bercas positif, ia akan memberikan elektron.
Apabila plat dicaskan, wujud bezaupaya ( voltan ) di antara kedua plat tersebut.
Rajah 6.9: Pemuat yang mengalami proses cas dan nyahcas untuk
mewujudkan bezaupaya.
Mengecas plat secara negatif
Elektron dari satu sumber akan dialirkan ke plat yang neutral.
Beberapa elektron awalan akan bergerak ke atas plat dengan mudahnya, kerana plat yang neutral ( tidak bercas ) tidak mempunyai tentangan terhadap pengaliran elektron.
Beberapa lama kemudian, plat telah bercas separuh dan ini melemahkan pergerakan elektron.
Seterusnya pergerakan elektron akan berhenti apabila plat telah bercas penuh.
Rajah 6.10 Pemuat dicas secara negatif
Mengecas plat secara positif
Plat yang neutral ( tidak bercas iaitu cas negatif sama banyak dengan cas positif) akan mula bercas positif apabila elektron mula meninggalkan plat.
Beberapa elektron awalan akan bergerak meninggalkan plat dengan mudahnya kerana plat yang neutral tidak mempunyai tentangan terhadap pengaliran keluar elektron.
Apabila plat mulai bercas separuh, pergerakan elektron yang keluar dari plat semakin lemah.
Seterusnya pergerakan keluar elektron akan berhenti apabila plat telah bercas positif sepenuhnya.
Rajah 6.11 : Pemuat dicas secara positif
Borang%20Permohonan%20Persijilan%20Produk%20Bahan-Bahan%20Binaan
DOKUMEN ANGGARAN PROPOSAL KEGIATAN PEMBINAAN KESEHATAN KELUARGA PROGRAM PEMBINAAN
KEMENTERIAN KETENAGAKERJAAN REPUBLIK INDONESIA DIREKTORAT JENDERAL PEMBINAAN PELATIHAN DAN
Tags: pemuat dan, : pemuat, pemuat, binaan, proses, nyahcas